Tukar keutamaan Papan Kekunci Papan Kekunci Kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Papan Kekunci Kebolehcapaian pada Sistem Keutamaan Papan Kekunci Kebolehcapaian dan setkan pilihan untuk menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian, papan kekunci atas skrin yang membolehkan anda menaip dan berinteraksi tanpa menggunakan papan kekunci fizikal.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik Papan Kekunci, kemudian klik Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Buka anak tetingkap Papan Kekunci Kebolehcapaian untuk saya
Dayakan Papan Kekunci Kebolehcapaian | Papar dan gunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian. |
Editor Panel | Klik untuk menggunakan Editor Panel untuk mencipta panel tersuai yang tersedia daripada Papan Kekunci Kebolehcapaian. |
Pilihan | Klik untuk mengesetkan pilihan umum, Sudut Pantas dan Inap untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut tentang pilihan. |
Pilihan umum untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian
Setkan pilihan umum untuk menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Pudarkan panel selepas tidak aktif | Selepas tempoh tidak aktif tertentu, pudarkan papan kekunci dengan peratusan yang ditentukan (pada paras peratusan yang lebih rendah papan kekunci lebih kelihatan, sementara pada paras peratusan lebih tinggi ianya kurang kelihatan; pada 100% ia tersembunyi). Untuk membuat papan kekunci dilihat sepenuhnya semula, alihkan penuding menerusi papan kekunci yang pudar atau, jika ianya tersembunyi, alihkan penuding. Pilihan ini berguna apabila anda tidak memerlukan papan kekunci buat seketika, seperti apabila menonton filem, atau apabila anda mahu melihat sebahagian desktop yang berada di bawah papan kekunci. |
Mainkan bunyi kekunci | Buatkan kekunci (kecuali kekunci Caps) berbunyi apabila dipilih. |
Kunci patut dimasukkan pada | Input dimasukkan atau tindakan diambil pada Tetikus ke atas atau Tetikus ke bawah. |
Masukkan dan keluarkan jarak secara automatik | Biarkan Papan Kekunci Kebolehcapaian menguruskan jarak apabila anda menulis teks. Sebagai contoh, ia membetulkan jarak secara automatik selepas noktah atau antara ayat, berdasarkan konteks. |
Huruf besarkan ayat secara automatik | Biarkan Papan Kekunci Kebolehcapaian menguruskan penghurufbesaran apabila anda menulis teks. Sebagai contoh, ia membesarkan huruf secara automatik selepas noktah (penghujung ayat), berdasarkan konteks. |
Pilihan Sudut Pantas untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian
Setkan pilihan untuk menggunakan Sudut Pantas dengan Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Sudut Skrin Aktif | Setkan tindakan yang terjadi apabila anda menyimpan penuding di penjuru skrin. Klik menu timbul untuk penjuru, kemudian pilih tindakan, seperti Klik Kiri. |
Panel Mengikut Sembunyikan/Tunjukkan Panel Utama | Apabila anda menggunakan sudut pantas untuk menunjukkan atau menyembunyikan Papan Kekunci Kebolehcapaian atau panel tersuai, bolehkan papan kekunci atau panel untuk beralih ke sudut pantas. Jika anda tidak mahu papan kekunci atau panel beralih ke sudut pantas, nyahpilih kotak semak. |
Pilihan inap untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian
Setkan pilihan Inap yang menentukan bila untuk menunjukkan menu tindakan Inap, tindakan yang mana untuk dilaksanakan apabila anda menginap pada item, berapa lama untuk menginap pada item dan banyak lagi.
Benarkan bar alat tindakan Inap dalam panel | Jadikan bar alat tersedia dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai. |
Tunjukkan tindakan inap dalam bar menu | Tunjukkan menu status untuk tindakan inap dalam bar menu. |
Sentiasa inap dalam panel | Sentiasa gunakan Inap untuk memilih item dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai, walaupun Jeda dipilih dalam bar menu atau menu Pilihan. Klik kiri adalah tindakan lalai apabila menginap dalam panel. |
Penapis selepas | Tunjukkan tetingkap zum selepas penuding melahu untuk jumlah masa yang ditentukan. Tetingkap perbesarkan kawasan yang anda inapkan dan penuding. Saiz tetingkap zum ialah berdasarkan saiz yang disetkan untuk zum gambar-dalam-gambar. Untuk menyemak seting tersebut, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Zum. Buka anak tetingkap Zum untuk saya Dalam anak tetingkap, klik menu timbul gaya Zum, pilih "Gambar-dalam-gambar," klik Pilihan, kemudian laraskan saiznya. Nota: Elakkan menukar seting lain dalam anak tetingkap Zum; ia boleh mengganggu tetingkap zum Inap. |
Sembunyikan penunjuk masa inap | Sembunyikan penuding inap dan kira detik semasa menginap. |
Tindakan inap | Pilih tindakan lalai untuk dilaksanakan apabila anda inap pada item—contohnya klik kanan, tunjukkan Menu Skrol, atau seret dan lepas item. Atau pilih untuk menunjukkan menu Pilihan yang membenarkan anda bertukar antara tindakan untuk penggunaan sekali sahaja. Anda juga boleh memilih tindakan daripada menu status inap, jika ia ditunjukkan dalam bar menu. |
Kembali auto ke klik kiri | Selepas anda memilih tindakan untuk dilaksanakan, sentiasa buatkan klik kiri tindakan seterusnya dilksanakan. Pilihan ini berguna jika anda klik kiri item lebih kerap daripada melakukan tindakan lain. |
Masa inap lalai | Jumlah masa untuk menginap pada item pada skrin sebelum tindakan dilaksanakan. |
Masa inap panel | Jumlah masa untuk inap pada item dalam panel sebelum tindakan klik kiri dilaksanakan. |
Toleransi pergerakan inap | Jarak dalam piksel yang anda boleh gerakkan semasa inap pada item. Jika anda bergerak melebihi had ini, tindakan tidak dilaksanakan. |