Gunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian pada Mac
Papan Kekunci Kebolehcapaian adalah papan kekunci atas skrin yang membolehkan anda menggunakan Mac anda tanpa papan kekunci fizikal. Ia membekalkan penaipan lanjutan (seperti cadangan menaip) dan ciri menavigasi yang anda boleh sesuaikan untuk membuatkannya lebih mudah untuk menggunakan app kegemaran anda.
Apabila anda menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian, anda juga boleh mengaktifkan Inap, yang membolehkan anda melaksanakan tindakan tetikus menggunakan teknologi penjejakan mata atau kepala.
Aktifkan dan nyahaktifkan Papan Kekunci Kebolehcapaian
Aktifkannya: Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik Papan Kekunci, klik Papan Kekunci Kebolehcapaian, kemudian pilih Dayakan Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Nyahaktifkannya: Di penjuru kiri atas papan kekunci, klik butang Tutup . Atau dalam keutamaan Papan Kekunci, klik Papan Kekunci Kebolehcapaian, kemudian nyahpilih Dayakan Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Gunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian
Laraskan seting sistem: Klik butang kawalan sistem untuk melaraskan kecerahan paparan, kelantangan bunyi dan main balik video atau muzik, atau untuk mengakses Mission Control dan Launchpad.
Gunakan cadangan menaip: Sambil anda taip, cadangan perkataan ditunjukkan. Klik cadangan untuk memasukkannya dalam teks anda.
Masukkan aksara gantian: Klik Option-Shift, kemudian kekunci. Jika aksara gantian wujud, seperti à, ia dimasukkan dalam teks anda. Tekan dan tahan kekunci untuk menunjukkan aksara altenatif tambahan.
Jika anda selalu taip aksara dengan tanda diakritik, ia mungkin lebih cepat menggunakan kekunci mati (kekunci pengubah suai ditekan dengan kekunci lain untuk masukkan huruf dengan tanda diakritik). Klik Option untuk serlahkan kekunci mati, klik kekunci mati, kemudian satu huruf.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kekunci mati, lihat Masukkan aksara dengan tanda aksen.
Permudahkan penaipan: Di penjuru kanan atas papan kekunci, klik butang Pilihan Panel , pilih Penaipan, kemudian pilih untuk memasukkan atau mengeluarkan jarak atau huruf besar ayat secara automatik (tanda semak menunjukkan pilihan diaktifkan).
Gunakan Inap: Di penjuru kanan atas papan kekunci, klik butang Pilihan Panel , pilih Inap, kemudian pilih pilihan. Atau dalam keutamaan Papan Kekunci, klik Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik Pilihan, kemudian klik Pilihan Inap. Lihat Kawal penuding menggunakan Inap.
Tunjukkan item tambahan dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian
Tunjukkan atau sembunyikan bar alat: Di penjuru kanan atas papan kekunci, klik butang Pilihan Panel , pilih Bar Alat, kemudian pilih bar alat yang anda mahu tunjukkan atau sembunyikan (tanda semak menunjukkan bar alat ditunjukkan). Untuk gunakan Editor Panel untuk menukar tempat bar alat muncul dalam papan kekunci, pilih Sesuaikan Susunan Bar Alat.
Tunjukkan panel tersuai: Klik butang Tersuai untuk memaparkan panel tersuai tersedia yang dicipta menggunakan Editor Panel. Untuk kembali ke Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik ikon Utama di penjuru kanan atas panel tersuai.
Tunjukkan atau sembunyikan Touch Bar atas skrin: Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, klik butang Touch Bar untuk memaparkan Touch Bar merentasi bahagian bawah skrin. Klik butang semula untuk sembunyikan Touch Bar atas skrin. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Touch Bar pada MacBook Pro anda.
Saiz semula Papan Kekunci Kebolehcapaian
Jadikannya lebih besar atau lebih kecil: Seret penjuru papan kekunci.
Untuk saizkannya semula tanpa mengekalkan perkadaran, klik butang Pilihan Panel di penjuru kanan atas papan kekunci, kemudian pilih Saiz Semula Secara Berkadaran (untuk mengeluarkan tanda semak).
Resetnya ke saiz lalai: Klik butang Pilihan Panel di penjuru kanan atas papan kekunci, pilih Zum, kemudian pilih 100%.
Tukar pilihan Papan Kekunci Kebolehcapaian
Di penjuru kanan atas Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik butang Pilihan Panel , kemudian pilih pilihan (tanda semak menunjukkan pilihan diaktifkan). Sebagai contoh, anda boleh menukar penampilan papan kekunci, mengaktifkan atau menyahaktifkan Inap, atau setkan keutamaan.
Gunakan Editor Panel pada Mac anda untuk menyesuaikan Papan Kekunci Kebolehcapaian untuk digunakan dengan app kegemaran anda.
Jika anda setkan pilihan untuk memudarkan atau menyembunyikan Papan Kekunci Kebolehcapaian selepas tempoh ketidakaktifan, anda boleh buatkan papan kekunci dapat dilihat sepenuhnya semula dengan mengalih penudung atas papan kekunci pudar atau, jika ianya tersembunyi, alihkan penunding.
Jika anda selesa menggunakan papan kekunci fizikal tetapi memerlukan papan kekunci atas skrin untuk melihat atau menaip dalam bahasa lain, gunakan Pemapar Papan Kekunci.