Semak status fail dan folder iCloud Drive anda pada Mac
Apabila anda menyimpan fail di iCloud Drive, anda boleh melihat folder dan fail anda dalam Finder. Ia mungkin kelihatan dengan ikon status, yang menandakan jika ia dalam iCloud, menunggu untuk dimuat naik dan banyak lagi.
Pada Mac anda, klik dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder, kemudian klik iCloud Drive dalam bar sisi.
Pilih Paparan > sebagai Senarai.
Pilih Paparan > Tunjukkan Paparan Pilihan, kemudian pilih Status iCloud.
Petua: Walaupun lajur Status iCloud tiada dalam tetingkap Finder, ikon status untuk kebanyakan pemindahan fail iCloud kelihatan di sebelah nama folder atau fail. Hanya ikon untuk item dimuat turun sahaja yang tidak kelihatan.
Lihat mana-mana daripada berikut:
Dalam iCloud: menunjukkan bahawa folder atau fail terdapat hanya dalam iCloud. Anda mesti bersambung ke internet untuk bekerja dengan item, melainkan anda muat turunnya pada Mac anda. Control-klik fail, kemudian pilih Muat Turun Sekarang.
Tidak Layak: menunjukkan bahawa folder atau fail tidak dapat disimpan dalam iCloud. Status ini biasanya kerana saiz melebihi had 50 GB untuk folder atau fail individu dalam iCloud Drive. Untuk ketahui lebih lanjut tentang mengosongkan storan, lihat Optimumkan ruang storan.
Dimuat Turun: menandakan yang folder atau fail dikemas kini antara Mac dan iCloud anda dan anda boleh melihat atau mengeditnya serta-merta, dengan atau tanpa sambungan internet.
Simpan Muat Turun: menandakan yang folder atau fail disimpan selepas dimuat turun pada Mac anda, walaupun ia ialah item lebih lama dan lebih ruang storan diperlukan. Lihat Simpan item dimuat turun.
Menunggu untuk Muat Naik: menunjukkan bahawa folder atau fail belum lagi disimpan dalam iCloud.
Tiada Ruang: menunjukkan bahawa fail atau folder tidak boleh disimpan dalam iCloud kerana ruang storan iCloud tidak mencukupi.
Ikon serupa juga boleh muncul bersebelahan iCloud Drive dalam bar sisi, dimana ia menandakan storan iCloud penuh.
Carta pai: berubah secara berperingkat daripada cerah ke gelap untuk menunjukkan kemajuan pemindahan fail.
Carta pai yang sama juga boleh muncul bersebelahan iCloud Drive dalam bar sisi, di mana ia menandakan kemajuan keseluruhan pemindahkan fail dari dan ke iCloud Drive.