
Dapatkan ringkasan halaman web dengan Apple Intelligence pada Mac
Dengan Apple Intelligence,* anda boleh menjana ringkasan halaman web dalam app Safari.
Nota: Apple Intelligence tersedia dalam macOS 15.1 atau lebih baharu pada model Mac dengan M1 atau lebih baharu. Untuk menyemak sama ada Apple Intelligence tersedia untuk peranti dan bahasa anda, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan Apple Intelligence.
Ringkaskan halaman web
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Klik
, kemudian klik Tunjukkan Pembaca.
Klik Ringkaskan di bahagian atas halaman.
Untuk kembali ke paparan biasa, klik
, kemudian klik Sembunyikan Pembaca.
Anda juga boleh menggunakan Alat Menulis untuk meringkaskan halaman web. Lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.
Untuk sesetengah halaman web, anda juga boleh menggunakan Serlahan untuk melihat ringkasan dan maklumat penting lain tentang halaman.