Tukar keutamaan Umum Kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Umum pada Keutamaan Sistem Kebolehcapaian untuk menukar pilihan yang disertakan dalam panel pintasan Pilihan Kebolehcapaian. Panel pintasan (ditunjukkan apabila anda menekan Option-Command-F5 atau, jika Mac anda mempunyai Touch ID, apabila anda menekan Touch ID tiga kali dengan cepat) ialah cara yang cepat untuk anda aktifkan atau nyahaktifkan pilihan yang anda selalu gunakan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Umum.
Buka anak tetingkap Umum untuk saya
Senarai pilihan | Tandakan kotak semak untuk pilihan yang anda mahu masukkan dalam panel pintasan Pilihan Kebolehcapaian. Jika anda tidak mahu memasukkan pilihan, nyahtanda kotak semaknya. Jika anda hanya memilih satu pilihan, panel pintasan tidak dipaparkan apabila anda menekan Option-Command-F5 atau menekan Touch ID tiga kali; sebaliknya, pilihan diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan serta-merta. |