Touch ID

Ciri pengenalpastian cap jari tersedia pada sesetengah komputer Mac. Dengan Touch ID, anda boleh membuka kunci Mac dan sesetengah item dilindungi kata laluan anda, menggunakan Apple Pay untuk membuat pembelian di web, serta membeli item daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.

Touch ID terletak di penjuru kanan atas papan kekunci, bersebelahan Touch Bar atau baris kekunci fungsi, bergantung pada model Mac anda.

Touch ID, terletak di penjuru kanan atas papan kekunci.

Untuk menggunakan Touch ID, letakkan jari anda padanya. Untuk menyediakan Touch ID, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Touch ID.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Touch ID, lihat artikel Sokongan Apple ini.