![](https://help.apple.com/assets/5BFDD3F8094622802EEE504F/5BFDD3F9094622802EEE5056/ms_MY/f03254b849ee3909673147f87c2c58e9.png)
Apakah “kandungan di mana-mana” iCloud?
Dengan iCloud, apa sahaja yang anda beli dalam iTunes Store, Apple Books dan App Store boleh dicapai pada semua peranti anda dengan serta-merta. Anda perlukan sambungan Internet untuk memastikan semua kandungan dimuat turun ke peranti anda, yang mesti memenuhi keperluan sistem yang minimum.
Begini caranya ia berfungsi:
Sejarah pembelian anda daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books disimpan dalam iCloud.
Muzik, app dan buku yang anda beli pada satu peranti akan muncul pada semua peranti anda yang lain yang bersambung ke Internet dan disediakan dengan iCloud secara automatik.
Filem dan rancangan TV yang anda beli akan tersedia pada semua peranti anda yang disediakan dengan iCloud.
Anda boleh melihat apa yang anda beli, tidak kira pada peranti apa yang anda gunakan untuk membelinya.
Anda boleh memuat turun pembelian anda yang lalu ke mana-mana peranti anda yang disediakan dengan iCloud pada bila-bila masa anda inginkan.
Jika anda melanggan iTunes Match, anda boleh menyimpan seluruh pustaka muzik iTunes anda dalam iCloud—termasuk lagu yang anda import dari CD dan dibeli dari tempat selain dari iTunes Store—dan memainkan lagu tersebut pada mana-mana peranti anda pada bila-bila masa anda inginkan.
Muat turun automatik dan muat turun pembelian yang lalu adalah berdasarkan ketersediaan Apple Music dan iTunes Match dan pembelian sebelumnya mungkin tidak tersedia jika ia telah dibayar balik atau tidak lagi tersedia dalam kedai. Untuk menggunakan iTunes Match, anda perlu melanggannya dalam iTunes.