Setkan kepantasan kekunci diulang pada Mac
Jika anda tekan dan tahan kekunci papan kekunci tertentu semasa berada dalam kawasan teks, aksara kekunci mula berulang. Sebagai contoh, kekunci Delete berterusan memadamkan teks selagi anda menekannya.
Anda boleh menetapkan berapa lama anda menahan terus kekunci sebelum ia mula mengulang dan kelajuan ia mengulang sebaik sahaja ia bermula.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Papan Kekunci.
Seret penggelongsor Penundaan Sehingga Mengulangi untuk menetapkan berapa lama menunggu sebelum aksara mula berulang.
Seret penggelongsor Ulangan Kekunci untuk menetapkan berapa laju aksara mengulang.
Anda boleh menambah tanda aksen dan aksara khas kepada beberapa huruf. Sebagai contoh, tekan dan tahan kekunci a untuk menaip à, á, â, atau aksara lain.
Jika anda menetapkan penggelongsor Ulangan Kekunci ke Nyahaktif , aksara khas tidak akan muncul apabila anda menahan terus kekunci.