![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/5de0003943dcb283c93e84a6753bf546.png)
Keutamaan Kumpulan
Jika anda ialah pentadbir Mac, anda boleh menggunakan anak tetingkap Kumpulan dari Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk melihat atau menukar keahlian atau nama kumpulan.
Untuk memlihat keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, kemudian pilih kumpulan di sebelah kiri.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nama | Ubah nama kumpulan. | ||||||||||
Keanggotaan | Pilih pengguna dan kumpulan lain yang anda mahu jadikan ahli kumpulan. | ||||||||||
Tambah | Untuk menambah pengguna atau kumpulan baharu, klik butang Tambah | ||||||||||
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Pengguna & Kumpulan. Klik ikon kunci |
Anda boleh kawal akses kumpulan ke folder dikongsi anda dengan menetapkan kebenaran akses dalam bahagian Perkongsian Fail dari keutamaan Perkongsian. Untuk maklumat lanjut, lihat Gunakan perkongsian fail.
Anda boleh juga setkan kebenaran akses kumpulan untuk folder dan fail di dalam folder yang dikongsi atau di tempat lain pada Mac anda. Kebenaran akses ini juga digunakan kepada pengguna yang log masuk ke Mac anda secara terus selain daripada menyambung ke Mac anda untuk berkongsi fail. Untuk maklumat lanjut, lihat Setkan kebenaran untuk item pada Mac anda.