Jika paparan anda tiada gambar selepas anda menukar resolusi
Jika anda menukar resolusi paparan anda dan sekarang tiada gambar, anda mungkin mempunyai resolusi skrin yang tidak disokong, menyebabkan skrin menjadi hitam buat sementara waktu. Paparan mungkin reset resolusinya secara automatik, atau anda mungkin perlu untuk mengambil beberapa langkah yang mudah untuk membetulkannya.
Reset resolusi secara automatik
Tunggu 15 saat untuk melihat jika Mac reset resolusi paparan dengan sendirinya.
Jika itu tidak berfungsi, tekan kekunci Esc (Escape), yang boleh mengembalikan paparan anda kepada resolusi yang dipilih sebelumnya.
Mula semula Mac anda dalam mod selamat dan pilih resolusi baru
Jika anda tidak reset resolusi paparan anda secara automatik, anda boleh mulakan semula Mac anda dalam mod selamat dan memilih resolusi lain.
Tutup Mac anda dengan menekan terus butang kuasa selama 6 saat.
Selepas Mac anda tutup, tunggu 10 saat, kemudian tekan butang kuasa.
Serta-merta selepas Mac anda bermula (sesetengah komputer Mac memainkan bunyi permulaan), tekan dan tahan kekunci Shift.
Lepaskan kekunci Shift apabila anda melihat logo kelabu Apple dan penunjuk perkembangan.
Permulaan mungkin mengambil masa yang panjang daripada biasa, tetapi paparan anda sepatutnya mula berfungsi dengan betul.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan, kemudian klik Paparan.
Untuk pilihan Resolusi, pilih “Lalai untuk paparan.”
Mula Semula Mac anda.