
Edit seting corak dalam Logic Remote pada iPad
Anda boleh mengedit pelbagai seting untuk corak keseluruhan, termasuk panjang corak, mod main balik, kadar langkah, kekunci dan skala.
Edit seting corak
- Dalam Logic Remote, ketik butang Seting Corak  di penjuru kiri bawah skrin, kemudian lakukan mana-mana yang berikut: di penjuru kiri bawah skrin, kemudian lakukan mana-mana yang berikut: - Ketik untuk menukar panjang corak: Ketik Panjang Corak, kemudian ketik nilai baharu. 
- Untuk menukar kadar langkah: Ketik Kadar Langkah, kemudian ketik nilai not baharu. 
- Untuk menukar mod min balik: Ketik Mod Main Balik, kemudian ketik mod baharu. 
- Untuk mengesetkan nilai Ayunan: Ketik Ayunan, ketik ke-8 atau ke-16, kemudian setkan peratusan ayunan menggunakan gelangsar. 
- Tukar kekunci: Ketik Kekunci Corak, kemudian ketik kekunci, atau ketik Tiada Transposisi. 
- Untuk menukar skala: Ketik Kuantumkan Skala, kemudian ketik skala, atau ketik Tidak Aktif. 
- Untuk mengesetkan saluran MIDI bagi semua baris dalam corak: Ketik Saluran MIDI, kemudian ketik untuk mengesetkan nombor saluran menggunakan gelangsar, 
- Untuk mengesetkan mod automasi bagi corak: Ketik Mod Automasi, kemudian ketik untuk memilih satu daripada mod automasi: - Latch: Mengesetkan nilai parameter automasi kekal malar sehingga rentak dengan nilai berbeza dicetuskan. 
- Leret: Interpolasikan antara nilai parameter automasi terakhir disetkan dan seterusnya, untuk menghasilkan perubahan yang lancar dan secara berkala. 
 
- Untuk mengesetkan semua baris dalam corak untuk menggunakan mod Legato: Ketik suis Legato. - Apabila anda memilih mod Legato, nilai Get 100% ditingkatkan sebanyak satu tik supaya ia bertindih sedikit dengan rentak berikut. Apabila mencetuskan not pada synthesizer atau instrumen perisian lain, ini memastikan rentak mencetuskan kelakuan Legato instrumen. 
- Untuk mereset corak: Ketik Kosongkan Corak.