Edit seting corak dalam Logic Remote pada iPad
Anda boleh mengedit pelbagai seting untuk corak keseluruhan, termasuk panjang corak, mod main balik, kadar langkah, kekunci dan skala.
Edit seting corak
Dalam Logic Remote, ketik butang Seting Corak di penjuru kiri bawah skrin, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Ketik untuk menukar panjang corak: Ketik Panjang Corak, kemudian ketik nilai baru.
Untuk menukar kadar langkah: Ketik Kadar Langkah, kemudian ketik nilai not baru.
Untuk menukar mod min balik: Ketik Mod Main Balik, kemudian ketik mod baru.
Untuk mengesetkan nilai Ayunan: Ketik Ayunan, ketik ke-8 atau ke-16, kemudian setkan peratusan ayunan menggunakan gelangsar.
Tukar kekunci: Ketik Kekunci Corak, kemudian ketik kekunci, atau ketik Tiada Transposisi.
Untuk menukar skala: Ketik Kuantumkan Skala, kemudian ketik skala, atau ketik Tidak Aktif.
Untuk mereset corak: Ketik Reset Corak.