
Mainkan Dram dalam Logic Remote pada iPad
Menggunakan Instrumen Sentuh Dram, anda boleh memainkan kit dram dengan hanya mengetik dram atas skrin. Bunyi dram adalah berasaskan pada instrumen perisian untuk jaluran saluran yang dipilih.
Anda boleh memainkan kit dram elektronik, yang menunjukkan grid pad dram, dalam paparan skrin separuh atau penuh. Apabila menggunakan pad dram, anda juga boleh Padam Titik not sedia ada dan gunakan Ulang Not untuk menukarkan not MIDI masuk.


Atau anda boleh memilih kit dram akustik, yang menunjukkan set dram yang kelihatan realistik.

Pilih bunyi dram
Ketik butang Paparan
dalam bar kawalan, kemudian ketik Smart Control & Pad Dram.
Pad dram ditunjukkan di bahagian bawah skrin.
Ketik butang Pustaka
dalam bar kawalan.
Pustaka ditunjukkan di bahagian atas skrin.
Ketik kategori tampalan, kemudian ketik tampalan.
Mainkan pad dram untuk mendengar bunyi bagi tampalan yang dipilih.
Ketik butang Pustaka
atau seret garis pembahagi ke atas untuk menutup Pustaka.
Mainkan dram atau pad dram
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik butang Paparan
dalam bar kawalan, kemudian ketik Kit Dram.
Ketik butang Paparan
dalam bar kawalan, kemudian ketik Pad Dram.
Ketik dram atau pad dram atas skrin.
Beberapa dram, seperti hi-hat dan dram jerut, menghasilkan bunyi berlainan apabila anda mengetik bahagian berlainan dram ini.
Menyentuh dan menahan dram dengan dua jari (atau lebih) akan memainkan corak berulang. Dengan mengubah jarak antara jari, anda boleh menjadikan pengulangan lebih cepat atau lebih perlahan. Menggerakkan jari anda ke atas atau bawah menjadikan pengulangan dimainkan lebih kuat atau lembut.
Secara lalai, apabila anda mengetik simbal crash, dram bes bermain bersama simbal. Ketik dengan dua jari untuk memainkan crash sahaja.
Padam titik not dalam kawasan instrumen perisian
Klik butang Padam Titik dalam kawasan kanan atas skrin.
Dalam mod main balik atau rakaman, tahan not yang anda mahu padamkan.
Setiap tika not tersebut dipadam dalam kawasan trek dipilih sambil penunjuk main merentasinya.
Untuk menyahaktifkan Padam Titik, ketik butang Padam Titik lagi.
Tukarkan not MIDI masuk menggunakan Ulang Not
Klik butang Ulang Not dalam kawasan kanan atas skrin.
Dalam dialog Ulang Not Awal pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Pilih kadar ulangan dari menu timbul Kadar.
Tentukan nilai kelajuan dalam medan Kelajuan atau tinggalkannya sebagai “Seperti dimainkan” (lalai).
Tentukan nilai panjang get dalam medan Get.
Ketik anak panah pendedahan dalam kawasan kiri atas dialog untuk mendedahkan seting tambahan berikut:
Pilih kotak semak untuk membuatkan menu timbul pengawal MIDI tersedia, kemudian pilih pengawal untuk kadar, kelajuan dan masa get.
Tentukan nilai maksimum dan minimum untuk kadar dan masa get.
Tentukan nilai ofset maksimum dan minimum untuk kelajuan.
Pilih kotak semak Key Remote dalam kawasan kiri bawah dialog untuk memaparkan keyboard, kemudian gunakan kekunci untuk menentukan seting kadar dan masa get. Anda boleh menyahaktifkan Ulang Not dan Padam Titik (supaya aktif selagi tetingkap masing-masing terbuka) atau mengaktifkannya (supaya aktif hanya apabila kekunci remote ditahan) menggunakan butang Aktif/Tidak Aktif.
Untuk menyahaktifkan Ulang Not, ketik butang Ulang Not sekali lagi.