Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5CDC3C0A680CE2BF6B7C9F96/5CDC3FDA680CE2A6027CA231/ms_MY/bad750d5722c7dbe1d922373979d8a32.png)
Simpan dan namakan pembentangan Keynote pada iPhone
Keynote menyimpan pembentangan anda secara automatik semasa anda bekerja dan memberinya nama lalai. Pada bila-bila masa, anda boleh menamakan semula pembentangan atau mencipta salinannya dengan nama lain.
Namakan semula pembentangan
Buka Keynote dan jika pembentangan sudah dibuka, ketik Pembentangan atau
di penjuru kiri atas untuk melihat semua pembentangan anda.
Sentuh dan tahan imej kecil pembentangan, angkat jari anda, kemudian ketik Nama Semula.
Jika anda tidak nampak pembentangan yang anda mahu namakan semula, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari pembentangan Keynote pada iPhone.
Taipkan nama baru, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan nama semasa dengan cepat, ketik “x” dalam medan teks.
Simpan salinan pembentangan
Buka Keynote dan jika pembentangan sudah dibuka, ketik Pembentangan atau
di penjuru kiri atas untuk melihat semua pembentangan anda.
Sentuh dan tahan imej kecil pembentangan, angkat jari anda, kemudian ketik Duplikasi.
Duplikasi muncul dengan nombor ditambah pada namanya.
Jika anda tidak nampak pembentangan yang anda mahu salin, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari pembentangan Keynote pada iPhone.