Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5CDC3C0A680CE2BF6B7C9F96/5CDC3FDA680CE2A6027CA231/ms_MY/bad750d5722c7dbe1d922373979d8a32.png)
Alihkan pembentangan Keynote pada iPhone
Anda boleh memindahkan pembentangan ke lokasi lain, termasuk ke folder atau pelayan lain, atau daripada iCloud ke iPhone atau iPad anda dan sebaliknya.
Buka Keynote dan jika pembentangan sudah dibuka, ketik Pembentangan atau
di penjuru kiri atas untuk melihat semua pembentangan anda.
Ketik Pilih di penjuru kanan atas, kemudian ketik pembentangan (kotak semak muncul).
Jika anda tidak nampak pembentangan yang anda mahu alihkan, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari pembentangan Keynote pada iPhone.
Ketik butang folder di bahagian bawah skrin, kemudian ketik folder atau lokasi lain yang anda mahu alihkan pembentangan.
Ketik Alihkan di penjuru atas kanan.
Jika anda pemilik pembentangan dikongsi dan anda mendaftar masuk ke iCloud pada peranti dengan versi iOS atau macOS lebih lama, mengalihkan pembentangan ke lokasi lain mungkin memisahkan pautan dan pembentangan mungkin jadi tidak tersedia untuk peserta.
Petua: Untuk mengalihkan pembentangan ke folder berdekatan (dalam lokasi yang sama), sentuh dan tahan pembentangan dan apabila pembentangan kelihatan terangkat, seret ke folder.