Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5CDC3C0A680CE2BF6B7C9F96/5CDC3FDA680CE2A6027CA231/ms_MY/bad750d5722c7dbe1d922373979d8a32.png)
Edit video dan audio dalam Keynote pada iPhone
Selepas anda menambah video atau audio pada slaid, anda boleh setkannya untuk mengulangi dalam gelung dan menukar masa permulaannya dalam pembentangan anda. Anda juga boleh melaraskan kelantangan main balik.
Setkan gelung video atau audio dan masa permulaan
Ketik video atau audio pada slaid untuk memilihnya.
Ketik
, kemudian ketik Filem atau Audio.
Untuk mengesetkan masa video atau audio mula dimainkan pada slaid, pilih salah satu daripada berikut:
Apabila anda mengetik slaid: Aktifkan Mula bila Diketik.
Secara automatik apabila slaid muncul: Nyahaktifkan Mula bila Diketik.
Untuk mengesetkan media untuk berulang sehingga anda memajukan slaid, pilih cara anda mahu ia dimainkan:
Mainkan dalam gelung berterusan: Ketik Gelung.
Mainkan ke depan dan kemudian ke belakang: Ketik Gelung Berulang-alik.
Nota: Audio dirakam tidak boleh gelung berulang-alik.
Laraskan kelantangan main balik
Ketik untuk memilih video atau audio pada slaid.
Ketik
, kemudian ketik Filem atau Audio.
Seret gelangsar Kelantangan.
Untuk bekerja dengan berbilang video atau objek audio pada masa yang sama, sentuh dan tahan satu objek, kemudian ketik objek lain dengan jari lain.