Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5CDC3C0A680CE2BF6B7C9F96/5CDC3FDA680CE2A6027CA231/ms_MY/bad750d5722c7dbe1d922373979d8a32.png)
Langkau atau nyahlangkau slaid dalam Keynote pada iPhone
Jika anda tidak mahu slaid dimainkan semasa pembentangan, anda boleh melangkauinya. Melangkau adalah berguna, contohnya, jika anda mahu mengekalkan dua versi slaid tetapi anda hanya mahu menunjukkan salah satu daripadanya. Anda boleh memilih dan mengedit slaid dilangkau sama seperti slaid lain. Jika anda memilih untuk menunjukkan slaid dilangkau, slaid muncul sebagai bar mendatar dalam penavigasi slaid dan sebagai imej kecil dimalapkan dalam paparan jadual ringkas.
Jika kemudian anda mahu slaid muncul apabila anda memainkan pembentangan, anda boleh nyahlangkau ia.
![Penavigasi slaid dengan slaid dilangkau ditunjukkan sebagai garis mendatar.](https://help.apple.com/assets/5CDC3C0A680CE2BF6B7C9F96/5CDC3FDA680CE2A6027CA231/ms_MY/d3304b7a0ca7aedb585d9f01b6e6bc8a.png)
Dalam penavigasi slaid: Ketik slaid untuk memilihnya, ketiknya sekali lagi, kemudian ketik Langkau Slaid atau Nyahlangkau Slaid.
Jika anda tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.
Anda mungkin perlu ketik
atau putarkan iPhone anda untuk melihat Langkau Slaid atau Nyahlangkau Slaid.
Dalam paparan jadual ringkas: Dalam penavigasi slaid, ketik untuk memilih slaid atau memilih berbilang slaid, kemudian ketik
atau
di bahagian bawah skrin.