Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Saiz semula baris dan lajur dalam Keynote pada iPhone
Anda boleh ubah lebar baris terpilih dan ketinggian baris terpilih dalam jadual atau anda boleh ubah saiz semua baris dan lajur pada masa yang sama.
Nota: Anda tidak boleh menukar lebar dan tinggi sel individu.
Saiz semula baris dan lajur
Ketik jadual.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Saiz semula satu baris atau lajur: Ketik nombor atau huruf baris atau lajur, kemudian seret untuk saiz semula.
Saiz semula semua baris atau lajur: Ketik di penjuru kanan atas jadual, kemudian seret titik biru di hujung bawah jadual untuk saiz semula baris, seret titik di hujung kanan jadual untuk saiz semula lajur, atau seret titik di penjuru kanan bawah untuk saiz semula kedua-duanya.
Nota: Jika kandungan sel tidak lagi muat selepas anda mensaiz semula baris atau lajur, ketik jadual, ketik nombor baris atau huruf lajur, kemudian ketik Muat.