Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Alihkan, saiz semula dan putar carta dalam Keynote pada iPhone
Alihkan carta
Ketik carta, kemudian seret dari tengah untuk menggerakkan carta (jangan seret titik biru pada jidar).
Semasa anda menyeret, panduan penjajaran kuning membantu anda menempatkan carta secara relatif kepada objek lain pada slaid.
Jika anda tidak melihat panduan penjajaran, anda boleh mengaktifkannya. Ketik , leret atas untuk melihat bahagian Seting, kemudian aktifkan panduan yang anda mahu (contohnya, Panduan Pinggir atau Panduan Tengah).
Saiz semula carta
Ketik carta.
Seret mana-mana titik biru pada jidar carta untuk menjadikan carta lebih besar atau lebih kecil.
Putar carta 3D
Anda boleh memutar carta 3D untuk melaraskan sudut dan orientasinya.
Ketik carta, kemudian seret .
Jika carta 3D tidak mempunyai kawalan putaran, carta itu mungkin dikunci. Untuk memutarkan carta, anda perlu buka kuncinya terlebih dahulu.