Tukar latar belakang slaid dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menukar warna atau imej latar belakang slaid individu dalam pembentangan.
Dalam penavigasi slaid, ketik untuk memilih slaid atau memilih berbilang slaid.
Jika anda tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.
Ketik , kemudian ketik Latar Belakang.
Pilih salah satu daripada yang berikut:
Warna atau gradien yang direka bentuk agar sesuai dengan tema: Ketik Praset, leret ke kiri atau kanan untuk melihat semua pilihan, kemudian ketik warna.
Sebarang warna: Ketik Warna, kemudian ketik warna. Untuk mempratonton warna pada slaid, sentuh dan tahan warna, kemudian seret merentas grid. Label warna muncul untuk setiap warna yang dipratonton bagi membantu anda menghasilkan semula padanan tepat. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Isian gradien dua warna: Ketik Gradien, ketik Warna Mula atau Warna Hujung, kemudian ketik warna atau leret ke kiri untuk menggunakan roda warna. Untuk menukar arah gradien, ketik Balikkan Warna. Untuk menukar sudut gradien, seret gelangsar Sudut.
Warna dari tempat lain dalam slaid: Ketik Warna, kemudian leret ke kiri ke roda warna. Ketik , kemudian ketik warna pada slaid. Untuk mempratonton warna pada slaid, sentuh dan tahan warna pada slaid, kemudian seret merentas warna lain pada slaid. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Warna tersuai: Ketik Warna, leret ke kiri ke roda warna, kemudian seret gelangsar di sekeliling roda. Untuk menukar kecerahan warna, seret gelangsar mendatar atas. Untuk menukar ketepuan warna, seret gelangsar bawah. Untuk kembali kepada warna sebelumnya, ketik bulatan di tengah roda warna (separuh kiri menunjukkan warna sebelumnya).
Warna tersuai yang dicipta baru-baru ini atau warna yang baru dipilih dari tempat lain pada slaid: Ketik Warna, leret ke kiri ke roda warna, kemudian ketik perigi warna di sebelah kanan .
Imej: Ketik Imej, ketik Tukar Imej, kemudian ketik foto; untuk memasukkan imej daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik “Masukkan daripada”. Untuk menukar cara imej mengisi latar belakang slaid, ketik pilihan:
Saiz Asal: Meletakkan imej tanpa mengubah dimensi asal imej. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Regang: Saizkan semula imej untuk memuatkan dimensi slaid, yang mungkin menukar perkadaran imej.
Jubin: Mengulangi imej dalam slaid latar belakang. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Skala untuk Isian: Jadikan imej lebih besar atau kecil agar tiada ruang tertinggal di sekeliling imej.
Skala untuk Muat: Saizkan semula imej untuk memuatkan dimensi slaid, tetapi mengekalkan perkadaran imej.
Untuk mencipta imej berwarna, aktifkan Tindihan Warna dan ketik Isian untuk memilih warna tinta. Untuk menjadikan tinta lebih atau kurang telus, seret gelangsar Kelegapan.
Untuk menukar latar belakang semua slaid yang menggunakan slaid induk yang sama, gunakan perubahan pada semua slaid yang menggunakan induk.