slaid induk

Slaid induk menyediakan tataletak berlainan untuk teks dan imej yang sepadan dengan rupa dan rasa temanya. Apabila anda mahu mencipta slaid yang mempunyai elemen tertentu—seperti tajuk dan tajuk kecil, senarai berbulet atau imej—anda memilih slaid induk yang paling hampir dengan tataletak yang anda mahukan. Slaid induk mengandungi ruang letak untuk teks dan imej, yang anda gantikan dengan kandungan anda sendiri.