Gunakan iTunes atau Finder untuk memindahkan pembentangan Keynote
Jika Mac anda mempunyai macOS Mojave 10.14 atau lebih awal dipasang, anda boleh menggunakan iTunes pada komputer anda untuk memindahkan pembentangan secara terus antara iPhone atau iPad anda dan komputer anda. Jika Mac anda mempunyai macOS Catalina 10.15 dipasang, anda boleh menggunakan Finder untuk memindahkan pembentangan antara peranti. Kaedah ini berguna apabila anda tidak menggunakan iCloud.
Anda juga boleh memindahkan pembentangan Microsoft PowerPoint dengan cara ini, kemudian membukanya dalam Keynote.
Pindahkan pembentangan daripada komputer anda dengan iTunes
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke komputer anda, kemudian buka iTunes dalam komputer anda jika ia tidak terbuka secara automatik.
Selepas seketika, butang Peranti muncul dalam iTunes (berdekatan penjuru kiri atas tetingkap).
Dalam iTunes, klik butang Peranti, kemudian klik Perkongsian Fail dalam bar sisi.
Dalam senarai di bahagian kiri, klik untuk memilih app Keynote, kemudian klik Tambah.
Pilih pembentangan, kemudian klik Tambah.
Pembentangan muncul dalam senarai Dokumen Keynote dalam iTunes.
Ketik app Fail pada skrin Utama, kemudian ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pada iPad Saya.
Untuk membuka pembentangan pada peranti anda, ketik folder Keynote, kemudian ketik imej kecil pembentangan.
Anda boleh membuka pembentangan yang disimpan menggunakan Microsoft PowerPoint dan mengeditnya dalam Keynote. Jika anda tidak boleh membuka pembentangan PowerPoint yang disulitkan, cuba tukar jenis penyulitan atau pilihan penyulitan yang digunakan, kemudian simpan pembentangan sekali lagi sebelum dibuka dalam Keynote.
Pindahkan pembentangan ke komputer anda dengan iTunes
Jika pembentangan belum disimpan pada peranti anda, alihkan pembentangan ke peranti anda.
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan buka iTunes dalam komputer anda jika ia tidak terbuka secara automatik.
Selepas seketika, butang Peranti muncul dalam iTunes (berdekatan penjuru kiri atas tetingkap).
Dalam iTunes, klik butang Peranti, kemudian klik Perkongsian Fail dalam bar sisi.
Dalam senarai di bahagian kiri, klik untuk memilih app Keynote, kemudian pilih pembentangan yang anda mahu pindahkan.
Klik Simpan, pilih lokasi, kemudian klik Simpan.
Pindahkan pembentangan daripada komputer anda dengan Finder
Sambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda (dengan macOS Catalina dipasang), kemudian buka Finder.
Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.
Seret fail pembentangan yang anda mahu alihkan ke folder Keynote.
Pembentangan muncul di bawah Keynote dalam Finder.
Klik Selaraskan, kemudian tunggu untuk penyelarasan selesai.
Ketik app Fail pada skrin Utama, kemudian ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pada iPad Saya.
Untuk membuka pembentangan pada peranti anda, ketik folder Keynote, kemudian ketik imej kecil pembentangan.
Anda boleh membuka pembentangan yang disimpan menggunakan Microsoft PowerPoint dan mengeditnya dalam Keynote. Jika anda tidak boleh membuka pembentangan PowerPoint yang disulitkan, cuba tukar jenis penyulitan atau pilihan penyulitan, kemudian simpan pembentangan sekali lagi sebelum dibuka dalam Keynote.
Pindahkan pembentangan ke komputer anda dengan Finder
Jika pembentangan belum disimpan pada peranti anda, alihkan pembentangan ke peranti anda.
Sambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda (dengan macOS Catalina dipasang), kemudian buka Finder.
Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.
Buka folder untuk app Keynote, pilih pembentangan yang anda mahu pindahkan, kemudian seretnya ke lokasi baru pada komputer anda.