Tukar keutamaan Peranti dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Peranti dalam keutamaan iTunes untuk melihat dan memadam sandaran peranti, memilih pilihan penyelarasan dan banyak lagi.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Peranti.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sandaran peranti | Paparkan nombor siri peranti dalam senarai sandaran peranti yang diselaraskan dengan komputer ini. Sandaran yang disulitkan dikenal pasti dengan ikon kunci. | ||||||||||
Padam Sandaran | Padam sandaran yang dipilih. Semua fail sandaran dipadamkan dan tidak dapat dipulihkan. | ||||||||||
Halang iPod, iPhone dan iPad daripada menyelaras secara automatik | Halang peranti daripada menyelaras secara automatik dengan pustaka iTunes ini apabila peranti disambungkan. Untuk menyelaraskan peranti, klik butang Selaraskan apabila peranti disambung. | ||||||||||
Beri amaran apabila data pada komputer ini akan ditukar | Pilih jumlah data diubah yang akan mencetuskan amaran apabila penyelarasan peranti mengubah jumlah data yang ditetapkan pada komputer anda. | ||||||||||
Lupakan Semua Remote | Putuskan sambungan semua peranti daripada pustaka iTunes anda. Pilihan ini hanya tersedia apabila anda menggunakan app iTunes Remote untuk memasangkan iPhone, iPad, atau iPod touch dengan pustaka iTunes tertentu. | ||||||||||
Reset Sejarah Penyelarasan | Reset sejarah penyelarasan anda supaya pada kali seterusnya anda menyelaras, anda diminta untuk menggabungkan atau menggantikan maklumat. (Ini tidak akan memadamkan sebarang maklumat yang diselaraskan.) Pilihan ini hanya boleh digunakan apabila anda menghadapi masalah untuk menyelaraskan iPhone atau iPod anda dengan iTunes. |