Cipta, padam dan gunakan senarai main dalam iTunes pada PC
Anda boleh mencipta senarai main agar sesuai dengan perasaan tertentu, untuk menyusun media dengan tema khusus atau untuk mengumpulkan lagu yang anda mahu bakar ke CD.
Senarai main yang anda cipta mempunyai ikon ini bersebelahannya.
Anda juga boleh mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik berdasarkan kriteria yang anda pilih, atau mencipta Senarai Main Genius yang termasuk muzik dalam pustaka anda yang serupa dengan lagu yang dipilih.
Cipta senarai main
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Baru > Senarai Main.
Senarai main baru muncul dalam bar sisi di sebelah kiri, di bawah Senarai Main Muzik.
Taipkan nama untuk senarai main.
Petua: Untuk mencipta senarai main baru dan menambah muzik padanya pada masa yang sama, pilih satu atau lebih lagu dalam pustaka anda, klik kanan, kemudian pilih Tambah ke Senarai Main > Senarai Main Baru.
Tambah item ke senarai main
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri dan lakukan mana-mana yang berikut:
Dari mana-mana dalam pustaka iTunes anda, seret item ke senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik kanan item, pilih Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih senarai main.
Petua: Untuk menambahkan lagu ke senarai main tanpa menambahnya ke pustaka anda, pilih Edit > Keutamaan, klik Umum, kemudian nyahpilih “Tambah lagu ke Pustaka apabila menambah ke senarai main.”
Edit senarai main
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri dan lakukan mana-mana yang berikut:
Namakan semula senarai main: Pilih nama senarai main di bahagian atas tetingkap, kemudian masukkan nama baru.
Tukar tertib item: Pilih Lihat > Isih Mengikut. Apabila anda memilih Lihat > Isih Mengikut > Tertib Senarai Main, anda boleh menyeret item ke dalam tertib yang anda mahukan.
Keluarkan item: Pilih item dan tekan kekunci Delete.
Jika item yang dipadam sudah ada dalam pustaka anda, mengeluarkannya daripada senarai main tidak akan mengeluarkannya daripada pustaka atau peranti storan anda.
Padam senarai main
Jika anda memadamkan senarai main, item dalam senarai main kekal dalam pustaka anda dan pada komputer anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih mana-mana yang berikut:
Pilih senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik kanan senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian pilih Padam daripada Pustaka.
Klik Padam untuk mengesahkan.