Mainkan atau imbas video dalam iMovie pada Mac
Apabila anda memainkan klip dalam pelayar atau filem dalam garis masa, video anda dimainkan dalam pemapar.
Selain daripada memainkan video, anda boleh mengimbas video dengan menggerakkan penuding ke depan dan belakang di atas klip. Mengimbas berguna untuk mempratonton video dengan cepat atau mencari detik tertentu.
Mainkan video
Dalam app iMovie pada Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tempatkan penuding di atas klip dalam pelayar atau garis masa di tempat anda mahu mula memainkan dan tekan bar Space.
Klik klip dalam pelayar atau garis masa di tempat anda mahu mula memainkan dan kemudian klik butang Main di bahagian bawah pemapar.
Untuk menghentikan main balik, tekan bar Space atau klik butang Jeda di bawah pemapar.
Mainkan klip dan filem dalam paparan skrin penuh
Dalam app iMovie pada Mac anda, klik dalam filem dalam garis masa atau klip dalam pelayar ke kedudukan penunjuk main di tempat anda mahu main balik bermula.
Klik butang Main Skrin Penuh di bawah pemapar.
Untuk meninggalkan paparan skrin penuh, tekan kekunci Esc (Escape) atau klik butang Keluar Skrin Penuh di bawah pemapar.
Main klip atau julat
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau sebahagian klip dalam pelayar atau garis masa dan pilih Lihat > Mainkan Pilihan.
Mainkan video dalam gelung berterusan
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih Lihat > Gelung Main Balik, agar terdapat tanda semak bersebelahan item menu.
Tempatkan penuding di tempat anda mahu memulakan main balik dan tekan bar Space.
Jika penuding berada di atas klip dalam pelayar, klip dimainkan dalam gelung berterusan. Jika penuding berada di atas filem dalam garis masa, keseluruhan filem dimainkan dalam gelung berterusan.
Petua: Untuk menggelungkan sebahagian klip atau filem, pilih sebahagian klip dalam pelayar atau garis masa dan pilih Lihat > Main Pilihan.
Aktifkan atau nyahaktifkan audio semasa mengimbas
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih Lihat > Imbasan Audio.