Ubah suai pangkas, putaran atau kesan Ken Burns dalam iMovie pada Mac
Jika anda tidak suka cara anda memangkas atau memutarkan klip video atau foto atau cara anda menggunakan kesan Ken Burns, anda boleh mengubah suai kesan atau memulihkan klip atau foto kepada keadaan asalnya.
Ubah suai pemangkasan atau putaran dalam klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau foto dalam garis masa yang anda mahu ubah suai pemangkasan atau putarannya.
Untuk menunjukkan kawalan pemangkasan, klik butang Pemangkasan.
Dalam pemapar, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tukar orientasi imej: Klik butang Putar sehingga imej mempunyai orientasi yang anda mahukan.
Sertakan keseluruhan imej dalam bingkai: Klik Muat.
Nota: Jika nisbah aspek klip atau foto tidak sepadan dengan nisbah aspek filem anda, bar hitam muncul di bahagian atas atau bawah atau sisi klip atau foto.
Tukar pangkas: Seret untuk menempatkan semula dan mensaiz semula bingkai pangkas putih.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan pemangkasan.
Keluarkan pemangkasan atau putaran dalam klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau foto dalam garis masa yang anda mahu pulihkan ke keadaan asalnya.
Untuk menunjukkan kawalan pemangkasan, klik butang Pemangkasan.
Dalam pemapar, klik butang Reset.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan pemangkasan.
Ubah suai atau keluarkan kesan Ken Burns
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip dalam garis masa yang menggunakan kesan Ken Burns.
Untuk menunjukkan kawalan pemangkasan, klik butang Pemangkasan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ubah suai pemangkasan di permulaan klip: Pilih bingkai Mula dan kemudian tempatkan semula dan saiz semula bingkai tersebut sehingga permulaan klip dibingkai mengikut pilihan anda.
Ubah suai pemangkasan di hujung klip: Pilih bingkai Tamat dan kemudian tempatkan semula dan saiz semula bingkai tersebut sehingga hujung klip dibingkai mengikut pilihan anda.
Terbalikkan pergerakan kesan Ken Burns: Klik butang Tukar Ganti Kawasan Mula dan Tamat di sebelah kanan butang Ken Burns.
Keluarkan kesan Ken Burns: Klik Muat.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan pemangkasan.