Pilih sebahagian klip dalam iMovie pada Mac
Anda boleh memilih sebahagian klip (dipanggil julat) dalam pelayar atau garis masa.
Pilih julat dalam pelayar
Dalam app iMovie pada Mac anda, tekan dan tahan kekunci R semasa menyeret sebahagian klip dalam pelayar.
Jidar kuning muncul di sekeliling julat yang anda pilih, dengan pemegang pangkas di setiap sisi.
Pilih julat dalam garis masa.
Memilih julat dalam garis masa adalah berguna apabila anda mahu melaraskan kelajuan sebahagian dari klip, memangkas klip, atau membuat pelarasan bunyi ke sebahagian dari klip.
Dalam app iMovie pada Mac anda, tempatkan penuding dalam klip dalam garis masa di titik yang anda mahu mulakan pilihan.
Tekan dan tahan kekunci R, seret ke kiri atau kanan merentas klip dan lepaskan butang tetikus atau trackpad apabila anda melengkapkan pilihan anda.
Apabila anda menekan dan menahan kekunci R, penuding bertukar kepda penuding Pilihan Julat .
Jidar kuning muncul di sekeliling pilihan, dengan pemegang pada setiap sisi.
Nota: Anda tidak boleh memilih julat merentas jidar klip.
Lanjutkan atau pendekkan julat pilih
Dalam app iMovie pada Mac anda, seret mana-mana pemegang kuning pada pilihan julat untuk melaraskan tempat julat bermula atau berakhir.