Tambah audio daripada klip video dalam iMovie pada Mac
Secara lalai, iMovie mengimport audio dan video daripada sumber yang sama ke dalam klip. Anda boleh menanggalkan audio daripada klip video dalam filem dan menyambungkannya pada klip lain dalam filem yang sama atau filem lain. Klip audio yang diekstrak bertindak sama seperti sebarang klip audio lain dalam iMovie. Anda boleh mengalihkannya, memangkasnya, menggunakan kesan audio padanya dan sebagainya.
Tanggalkan audio daripada klip dalam filem anda
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip video dengan audio dalam garis masa.
Pilih Ubah Suai > Tanggalkan Audio (atau tekan Option-Command-B).
Audio dikeluarkan daripada klip video dan muncul sebagai klip audio sahaja (dengan bar hijau) disambungkan di bawah klip video. Klip audio kini boleh disambungkan pada sebarang klip lain dalam filem anda atau dialihkan ke bawah ke perigi muzik latar belakang. Untuk maklumat lanjut mengenai muzik latar belakang, lihat Tambah klip muzik dan bunyi dalam iMovie pada Mac.