Tambah kesan bunyi dalam iMovie pada iPad
iMovie datang dengan berdozen kesan bunyi percuma yang boleh anda tambah pada projek filem anda.
Klip kesan bunyi berwarna biru dalam garis masa. Jika anda menambah kesan bunyi yang diimport yang 1 minit atau lebih panjang, ia berkelakuan sama seperti muzik latar belakang dalam projek dan berwarna hijau. Lihat Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPad.
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka projek filem.
Skrol garis masa supaya penunjuk main (garis menegak putih) kelihatan di tempat anda mahu kesan bunyi bermula.
Ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Jika pelayar media tidak kelihatan, ketik butang Tambah Media di penjuru kanan atas, kemudian ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Ketik Kesan Bunyi.
Untuk mendengar kesan bunyi sebelum menambahnya, ketiknya.
Untuk menambah kesan bunyi, ketiknya, kemudian ketik butang Tambah Audio .