Gantikan atau ambil semula klip dalam Filem Ajaib dalam iMovie pada iPad
Anda boleh menggantikan atau mengambil semula klip video dan foto individu dalam Filem Ajaib anda.
Gantikan klip video atau foto dengan yang lain daripada pustaka anda
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik klip video atau foto dalam senarai.
Jika klip yang anda mahu pilih berada dalam kumpulan, ketik segi tiga pendedahan kumpulan itu dahulu, kemudian ketik klip video atau foto.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Gantikan daripada Pustaka.
Di bahagian atas skrin, ketik Foto untuk memilih klip video atau foto daripada Jalur Filem anda, atau ketik Album untuk memilih klip video atau foto daripada album dalam pustaka Foto anda.
Ketik klip video atau foto yang anda mahu tambah.
Ambil semula klip video atau foto
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik klip video atau foto dalam senarai.
Jika klip yang anda mahu pilih berada dalam kumpulan, ketik segi tiga pendedahan kumpulan itu dahulu, kemudian ketik klip video atau foto.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Ambil Semula Video atau Foto.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ambil semula klip video: Ketik butang Rakam untuk mula merakam video; ketiknya sekali lagi untuk berhenti merakam.
Anda boleh mengetik resolusi dan kadar bingkai di bahagian kanan atas untuk menukar cara video dirakam. Untuk mengaktifkan denyar automatik, ketik butang Denyar di bahagian kiri atas.
Ambil semula foto: Ketik butang Pengatup untuk mengambil foto.
Untuk mengaktifkan denyar automatik, ketik butang Denyar di bahagian kiri atas.
Ketik Gunakan Video atau Gunakan Foto untuk menggantikan klip video atau foto dalam projek anda, atau ketik Ambil Semula untuk mencuba semula.