Kongsi ke Mesej dalam iMovie pada iPad
Anda boleh berkongsi filem atau treler yang telah siap dalam mesej teks menggunakan app Mesej. Berkongsi filem atau treler ke Mesej mencipta filem dengan resolusi 360p pada 30 bingkai per saat (bps), tanpa mengira kandungan asal.
Anda mesti melog masuk ke Mesej pada peranti anda untuk menggunakan ciri ini.
Nota: Jika anda menggunakan iMovie pada iPad yang disediakan sebagai iPad Dikongsi, anda tidak boleh berkongsi projek ke Mesej.
Dalam app iMovie pada iPad anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada pelayar Projek: Ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Jika anda mengedit projek: Ketik Selesai (di penjuru kiri atas) untuk kembali ke skrin butiran projek, kemudian ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Ketik butang Kongsi , kemudian ketik Mesej.
Lengkapkan mesej yang dicipta, kemudian ketik Hantar.