BONDDURATION
Fungsi BONDDURATION mengembalikan purata diwajarkan untuk nilai semasa aliran tunai bagi nilai tara anggapan sebanyak $100.
BONDDURATION(mengenap, kematangan, kadar tahunan, hasil tahunan, frekuensi, days-basis)
mengenap: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh penyelesaian dagangan, biasanya satu atau lebih hari selepas tarikh dagangan.
kematangan: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh apabila sekuriti matang. kematangan mesti selepas tarikh yang ditentukan untuk mengenap.
kadar tahunan: Nilai nombor yang mewakili kadar kupon tahunan atau kadar faedah tahunan yang dinyatakan bagi sekuriti yang digunakan bagi menentukan bayaran faedah berkala. kadar tahunan mesti lebih besar daripada 0 dan dimasukkan sebagai nilai desimal (contohnya, 0.08) atau dengan tanda peratusan (contohnya, 8%).
hasil tahunan: Nilai nombor mewakili hasil tahunan sekuriti. hasil tahunan mesti lebih besar daripada 0 dan dimasukkan sebagai nilai desimal (contohnya, 0.08) atau dengan tanda peratusan (contohnya, 8%).
frekuensi: Nilai modal menentukan bilangan bayaran kupon atau faedah berkala setiap tahun.
tahunan (1): Satu bayaran setahun.
setengah tahunan (2): Dua bayaran setahun.
suku tahunan (4): Empat bayaran setahun.
days-basis: Nilai modal pilihan yang menentukan bilangan hari setiap bulan dan hari setiap tahun (konvensyen berdasarkan hari) yang digunakan dalam kiraan.
30/360 (0 atau dikecualikan): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah NASD untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
sebenar/sebenar (1): Hari sebenar dalam setiap bulan, hari sebenar dalam setiap tahun.
sebenar/360 (2): Hari sebenar dalam setiap bulan, 360 hari dalam setahun.
sebenar/365 (3): Hari sebenar dalam setiap bulan, 365 hari dalam setahun.
30E/360 (4): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah Eropah untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
Nota
Fungsi ini mengembalikan nilai yang diketahui sebagai tempoh Macaulay. Ia merupakan ukuran bagi kematangan purata diberatkan bagi aliran tunai, seringkali dirujuk sebagai tempoh bon. Ia menggunakan hasil bon pada kematangan untuk mengira faktor diskaun.
Mata wang yang ditunjukkan dalam hasil fungsi ini bergantung pada seting Bahasa & Rantau anda (dalam Keutamaan Sistem dalam macOS dan dalam Seting dalam iOS dan iPadOS), atau pada seting Zon Waktu & Rantau anda dalam Seting iCloud.
Contoh |
---|
Katakan anda mempertimbangkan untuk membeli sekuriti hipotetikal. Pembelian anda akan mengenap pada 2 April 2010 (mengenap) dan akan matang pada 31 Disember 2015 (kematangan). Kadar kupon ialah 5% (kadar tahunan). Hasil yang dinyatakan ialah 5.284% (hasil tahunan). Bon membayar faedah setiap suku (frekuensi) berdasarkan hari kalendar sebenar (days-basis). =BONDDURATION(“2/4/2010”, “31/12/2015”, 0.05, 0.05284, 4,1 ) mengembalikan lebih kurang 5.02084875998691, kematangan purata diberatkan bagi aliran tunai (tempoh bon) dalam tahun. Aliran tunai terdiri daripada faedah yang diterima sewaktu hayat sekuriti dan prinsipal yang diterima sewaktu kematangan. Kematangan ialah lebih kurang 5.75 tahun di masa hadapan dan prinsipal yang diterima pada kematangan ialah lebih besar daripada aliran tunai faedah, maka tempoh hanyalah lebih kurang 9 bulan lebih pendek berbanding masa ke kematangan. |