Senarai fungsi mengikuti kategori
Semua fungsi yang diliputi dalam Bantuan Formula dan Fungsi disenaraikan di bawah mengikut kategori. Anda juga boleh melayari fungsi dengan mengklik pautan di sebelah kiri.
Fungsi tarikh dan masa
Fungsi tarikh dan masa membantu anda bekerja dengan tarikh dan masa untuk menyelesaikan masalah seperti mencari bilangan hari kerja antara dua tarikh atau mencari nama hari dalam minggu tertentu suatu tarikh akan jatuh.
Menggabungkan nilai berasingan untuk tahun, bulan dan hari serta mengembalikan nilai tarikh/masa. Walaupun tarikh biasanya boleh dimasukkan terus seperti rentetan (contohnya, "31/12/2010"), menggunakan fungsi DATE memastikan tarikh akan diinterpretasikan dengan konsisten, tidak kira format tarikh yang ditentukan dalam keutamaan Tarikh & Masa anda. | |
Mengembalikan bilangan hari, bulan atau tahun antara dua tarikh. | |
Mengembalikan nilai tarikh/masa untuk rentetan tarikh yang ditentukan. Fungsi ini diberi untuk keserasian dengan aplikasi lembaran kerja lain. | |
Mengembalikan hari dalam bulan untuk nilai tarikh/masa yang ditentukan. | |
Mengembalikan nama hari dalam minggu daripada nilai tarikh/masa atau nombor. Hari 1 ialah Ahad. | |
Mengembalikan nombor hari antara dua tarikh berdasarkan pada dua belas bulan 30 hari dan tahun 360 hari. | |
Mengembalikan tarikh untuk beberapa bulan sebelum atau selepas tarikh yang ditentukan. | |
Mengembalikan tarikh yang merupakan tarikh akhir bagi bulan beberapa bulan sebelum atau selepas tarikh yang ditentukan. | |
Mengembalikan jam untuk nilai tarikh/masa yang ditentukan. | |
Mengembalikan minit untuk nilai tarikh/masa yang ditentukan. | |
Mengembalikan bulan untuk nilai tarikh/masa yang ditentukan. | |
Mengembalikan nama bulan untuk nombor. Bulan 1 ialah Januari. | |
Mengembalikan bilangan hari bekerja antara dua tarikh. Hari perniagaan tidak termasuk hujung minggu dan sebarang tarikh lain yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai tarikh/masa berdasarkan masa semasa yang ditunjukkan pada jam komputer anda. | |
Mengembalikan saat untuk nilai tarikh/masa yang ditentukan. | |
Menukar nilai berasingan untuk jam, minit dan saat ke dalam nilai tarikh/masa. | |
Mengembalikan masa sebagai pecahan desimal dalam hari 24 jam untuk nilai tarikh/masa yang ditentukan atau rentetan masa. | |
Mengembalikan tarikh semasa berdasarkan pada jam komputer anda. Masa disetkan ke 12:00 pg. | |
Mengembalikan nombor yang merupakan hari bagi minggu untuk tarikh yang ditentukan. | |
Mengembalikan nombor minggu dalam setahun untuk tarikh yang ditentukan. | |
Mengembalikan tarikh yang merupakan bilangan hari kerja yang ditentukan sebelum atau selepas tarikh yang ditentukan. Hari perniagaan tidak termasuk hujung minggu dan sebarang tarikh lain yang ditentukan. | |
Mengembalikan tahun untuk nilai tarikh/masa yang ditentukan. | |
Mengembalikan pecahan tahun yang mewakili bilangan hari penuh antara dua tarikh. |
Fungsi tempoh
Fungsi tempoh membantu anda bekerja dengan tempoh masa (tempoh) dengan menukar antara tempoh masa berlainan, seperti jam, hari dan minggu.
Menukar nilai tempoh kepada bilangan hari. | |
Menukar nilai tempoh kepada bilangan jam. | |
Menukar nilai tempoh kepada bilangan milisaat. | |
Menukar nilai tempoh kepada bilangan minit. | |
Menukar nilai tempoh kepada bilangan saat. | |
Menukar nilai tempoh kepada bilangan minggu. | |
Menggabungkan nilai berasingan untuk minggu, hari, jam, minit, saat dan milisaat dan mengembalikan nilai tempoh. | |
Menilai nilai yang ditentukan dan dikembalikan sama ada bilangan hari yang diwakili, jika nilai tempoh, atau nilai diberikan. Fungsi ini dimasukkan untuk keserasian dengan aplikasi lembaran kerja lain. |
Fungsi kejuruteraan
Fungsi kejuruteraan membantu anda mengira beberapa nilai kejuruteraan umum dan menukar antara asas numerik berlainan.
Menukar nombor bagi asas yang ditentukan menjadi nombor dalam asas 10. | |
Mengembalikan fungsi Bessel integer Jn(x). | |
Mengembalikan fungsi Bessel integer Yn(x). | |
Menukar nombor perduaan kepada nombor desimal yang sepadan. | |
Menukar nombor perduaan kepada nombor heksadesimal yang sepadan. | |
Menukar nombor perduaan kepada nombor oktal yang sepadan. | |
Menukar nombor daripada satu sistem ukuran kepada nilai yang sepadan dalam sistem ukuran lain. | |
Menukar nombor desimal kepada nombor perduaan yang sepadan. | |
Menukar nombor desimal kepada nombor heksadesimal yang sepadan. | |
Menukar nombor desimal kepada nombor oktal yang sepadan. | |
Menentukan sama ada dua nilai adalah betul-betul sama. Fungsi ini menggunakan kesamaan tepat. Dalam perbandingan, operator perbandingan = menggunakan kesamaan berasaskan rentetan. | |
Mengembalikan fungsi ralat yang disepadukan antara dua nilai. | |
Mengembalikan fungsi ERF yang disepadukan antara had bawah dan infiniti yang ditentukan. | |
Menentukan sama ada satu nilai adalah lebih besar daripada atau sama dengan nilai lain. Fungsi ini menggunakan kesamaan tepat. Dalam perbandingan, operator perbandingan = menggunakan kesamaan berasaskan rentetan. | |
Menukar nombor heksadesimal kepada nombor perduaan yang sepadan. | |
Menukar nombor heksadesimal kepada nombor desimal yang sepadan. | |
Menukar nombor heksadesimal kepada nombor oktal yang sepadan. | |
Menukar nombor daripada asas 10 kepada nombor dalam asas yang ditentukan. | |
Menukar nombor oktal kepada nombor perduaan yang sepadan. | |
Menukar nombor oktal kepada nombor desimal yang sepadan. | |
Menukar nombor oktal kepada nombor heksadesimal yang sepadan. |
Fungsi kewangan
Fungsi kewangan membantu anda bekerja dengan aliran tunai, aset susutan, anuiti dan pelaburan dengan menyelesaikan masalah seperti jumlah susutan tahunan bagi aset, faedah yang diperoleh daripada pelaburan dan harga pasaran semasa bagi bon.
Nota: Mata wang yang ditunjukkan dalam kebanyakan hasil fungsi bergantung pada seting Bahasa & Rantau anda (terdapat dalam Keutamaan Sistem pada macOS, dalam Seting pada iOS dan iPadOs dan Zon Waktu/Rantau dalam Seting iCloud).
Mengembalikan faedah terakru terhadap sekuriti yang membayar faedah berkala. Amaun yang dikembalikan ialah faedah keseluruhan yang terakru sejak tarikh keluaran, bukan amaun terakru sejak bayaran kupon terakhir. | |
Mengira jumlah faedah terakru yang ditambah pada harga pembelian sekuriti dan dibayar kepada penjual hanya apabila sekuriti membayar faedah hanya pada kematangan. | |
Mengembalikan purata diberatkan bagi nilai semasa aliran tunai untuk nilai tara yang dianggap sebanyak $100. | |
Mengembalikan purata diwajarkan yang diubah suai bagi nilai semasa aliran tunai untuk nilai tara yang dianggap sebanyak $100. | |
Mengembalikan bilangan hari antara permulaan tempoh kupon yang pelangsaian berlaku dan tarikh langsai. | |
Mengembalikan bilangan hari dalam tempoh kupon yang pelangsaian berlaku. | |
Mengembalikan bilangan hari antara tarikh langsai dan tamat tempoh kupon yang pelangsaian berlaku. | |
Mengembalikan bilangan kupon yang perlu dibayar antara tarikh langsai dan tarikh kematangan. | |
Mengembalikan jumlah faedah yang disertakan dalam pembayaran pinjaman atau anuiti terhadap tempoh masa yang dipilih berdasarkan tempoh pembayaran tetap dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan jumlah prinsipal yang disertakan dalam pembayaran pinjaman atau anuiti terhadap tempoh masa yang dipilih berdasarkan tempoh pembayaran tetap dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan data daripada penutupan hari pasaran sebelumnya tentang kadar pertukaran antara dua mata wang, diambil dari jauh melalui Internet. | |
Mengembalikan kod mata ISO untuk wang nilai mata wang yang diberi, atau kod mata wang untuk set bahasa dan rantau bagi komputer atau bagi dokumen semasa. | |
Mengembalikan harga untuk nilai mata wang yang diberi dalam mata wang lain, menggunakan data kadar pertukaran daripada penutupan hari pasaran sebelumnya, diambil dari jauh melalui Internet. | |
Mengembalikan data sejarah untuk kadar pertukaran antara dua mata wang pada tarikh yang ditentukan. Nilai dikembalikan adalah dalam mata wang sasaran (mata wang yang anda sedang tukarkan). | |
Mengembalikan amaun susut nilai aset untuk tempoh yang ditentukan menggunakan kaedah baki menurun tetap. | |
Mengembalikan amaun susut nilai bagi aset berdasarkan kadar susut nilai yang ditentukan. | |
Mengembalikan kadar diskaun tahunan bagi sekuriti yang tidak membayar faedah dan dijual dengan diskaun terhadap nilai penebusannya. | |
Mengembalikan kadar faedah tahunan berkesan daripada kadar faedah tahunan nominal berdasarkan bilangan tempoh kompaun setiap tahun. | |
Mengembalikan nilai masa depan bagi pelaburan berdasarkan siri aliran tunai berkala tetap (bayaran amaun yang malar dan semua aliran tunai pada dua selang masa malar) dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan kadar faedah tahunan berkesan untuk sekuriti yang membayar faedah hanya pada kematangan. | |
Mengembalikan bahagian faedah bagi pinjaman atau bayaran anuiti yang ditentukan berdasarkan pada bayaran tetap dan berkala dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan kadar pulangan dalaman untuk pelaburan yang berdasarkan siri aliran tunai yang berpotensi tidak tetap (bayaran tidak perlu bernilai malar) yang berlaku pada selang masa tetap. | |
Mengembalikan bahagian faedah berkala untuk pinjaman kadar tetap di mana pengurangan prinsipal yang sepadan berlaku pada permulaan setiap tempoh dan bayaran faedah bagi baki yang tinggal dibuat pada hujung setiap tempoh. Fungsi ini disediakan terutamanya untuk keserasian dengan jadual yang diimport daripada aplikasi lembaran kerja lain. | |
Mengembalikan kadar pulangan dalaman yang diubah suai untuk pelaburan yang berdasarkan siri aliran tunai yang berpotensi tidak tetap (bayaran tidak perlu bernilai malar) yang berlaku pada selang masa tetap. Kadar yang diperoleh pada aliran tunai positif dan kadar yang dibayar untuk membiayai aliran tunai negatif boleh berbeza. | |
Mengembalikan kadar faedah tahunan nominal daripada kadar faedah tahunan berkesan berdasarkan bilangan tempoh kompaun setiap tahun. | |
Mengembalikan bilangan tempoh bayaran untuk pinjaman atau anuiti berdasarkan siri aliran tunai berkala tetap (bayaran amaun yang malar dan semua aliran tunai pada dua selang masa malar) dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan nilai bersih semasa bagi pelaburan berdasarkan siri aliran tunai yang berpotensi tidak tetap yang berlaku pada selang masa tetap. | |
Mengembalikan bayaran tempoh terhad untuk pinjaman atau anuiti berdasarkan siri aliran tunai berkala tetap (bayaran amaun yang malar dan semua aliran tunai pada dua selang masa malar) dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan bahagian prinsipal bagi pinjaman atau bayaran anuiti yang ditentukan berdasarkan pada bayaran tetap dan berkala dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan harga bagi sekuriti yang membayar faedah berkala setiap $100 nilai penebusan (tara). | |
Mengembalikan harga sekuriti yang dijual pada diskaun terhadap nilai penebusan dan tidak membayar faedah setiap $100 nilai penebusan (tara). | |
Mengembalikan harga sekuriti yang membayar faedah sahaja pada kematangan setiap $100 nilai penebusan (tara). | |
Mengembalikan nilai semasa bagi pelaburan atau anuiti berdasarkan siri aliran tunai berkala tetap (bayaran amaun yang malar dan semua aliran tunai pada dua selang masa malar) dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan kadar faedah bagi pelaburan, pinjaman atau anuiti berdasarkan siri aliran tunai berkala tetap (bayaran amaun yang malar dan semua aliran tunai pada dua selang masa malar) dan kadar faedah tetap. | |
Mengembalikan nilai kematangan untuk sekuriti yang hanya membayar faedah sewaktu kematangan. | |
Mengembalikan susut nilai aset untuk tempoh tunggal menggunakan kaedah garis lurus. | |
Mengembalikan data daripada penutupan hari pasaran sebelumnya tentang saham yang ditentukan, diambil dari jauh melalui Internet. | |
Mengembalikan maklumat sejarah harga tentang saham untuk tarikh yang ditentukan, diambil secara jauh melalui Internet. | |
Mengembalikan amaun susut nilai aset untuk tempoh yang ditentukan menggunakan kaedah digit jumlah tahun. | |
Mengembalikan amaun susut nilai bagi aset sepanjang selang masa yang dipilih, berdasarkan kadar susut nilai yang ditentukan. | |
Mengembalikan kadar pulangan dalaman untuk pelaburan yang berdasarkan siri aliran tunai berbentuk tidak sekata. | |
Mengembalikan nilai pelaburan atau anuiti semasa berdasarkan siri aliran tunai berbentuk tidak sekata dan berada pada kadar faedah diskaun. | |
Mengembalikan kadar faedah tahunan berkesan untuk sekuriti yang membayar faedah berkala tahunan. | |
Mengembalikan kadar faedah tahunan berkesan untuk sekuriti yang dijual pada harga diskaun kepada nilai penebusan dan tidak membayar faedah. | |
Mengembalikan kadar faedah tahunan berkesan untuk sekuriti yang hanya membayar faedah sewaktu kematangan. |
Fungsi logik dan maklumat
Fungsi logik dan maklumat membantu anda menilai kandungan sel dan membantu untuk menentukan cara untuk bekerja dengan kandungan sel atau keputusan formula.
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika semua argumen adalah benar dan nilai booelan FALSE jika sebaliknya. | |
Mengembalikan nilai boolean FALSE. Fungsi ini dimasukkan untuk keserasian dengan jadual yang diimport daripada aplikasi lembaran kerja lain. | |
Mengembalikan salah satu daripada dua nilai, bergantung pada sama ada ungkapan yang ditentukan dinilai kepada nilai boolean TRUE atau FALSE. | |
Mengembalikan nilai yang anda tentukan jika nilai yang ditentukan menilai kepada ralat; sebaliknya ia mengembalikan nilai yang diberi. | |
Menyemak ungkapan yang ditentukan dan mengembalikan nilai berdasarkan syarat pertama yang menilai kepada nilai boolean TRUE. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika sel yang ditentukan adalah kosong dan nilai boolean ialah FALSE. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika ungkapan yang ditentukan menilai kepada tarikh dan nilai boolean FALSE jika sebaliknya. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika nombor yang ditentukan adalah genap (tidak meninggalkan baki apabila dibahagi 2); sebaliknya ia mengembalikan nilai boolean FALSE. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika ungkapan yang ditentukan menilai kepada nombor dan nilai boolean FALSE jika sebaliknya. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika nombor yang ditentukan adalah ganjil (meninggalkan baki apabila dibahagi 2); sebaliknya ia mengembalikan nilai boolean FALSE. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika ungkapan yang ditentukan menilai kepada rentetan dan nilai boolean FALSE jika sebaliknya. | |
Mengembalikan nilai boolean bertentangan bagi ungkapan yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE jika sebarang argumen adalah benar; sebaliknya ia mengembalikan FALSE. | |
Mengembalikan nilai boolean TRUE. Fungsi ini dimasukkan untuk keserasian dengan jadual yang diimport daripada aplikasi lembaran kerja lain. |
Fungsi numerik
Fungsi numerik membantu anda mengira nilai matematik yang lazim digunakan.
Mengembalikan nilai mutlak nombor atau tempoh. | |
Membundarkan nombor menjauhi sifar kepada gandaan terdekat bagi faktor yang ditentukan. | |
Mengembalikan bilangan cara berlainan anda boleh menggabungkan bilangan item ke dalam kumpulan dalam saiz khusus, mengabaikan susunan dalam kumpulan. | |
Membundarkan nombor menjauhi sifar kepada nombor genap seterusnya. | |
Mengembalikan e (asas logaritma semula jadi) dinaikkan ke kuasa yang ditentukan. | |
Mengembalikan faktorial nombor. | |
Mengembalikan faktorial berganda nombor. | |
Membundarkan nombor ke arah sifar kepada gandaan terdekat bagi faktor yang ditentukan. | |
Mengembalikan pembahagi sepunya terbesar bagi koleksi nilai nombor. | |
Mengembalikan integer terdekat yang kurang daripada atau bersamaan dengan nombor. | |
Mengembalikan gandaan sepunya terkecil bagi koleksi nilai nombor. | |
Mengembalikan logaritma asli bagi nombor (kuasa kepada mana e mesti dinaikkan untuk menghasilkan nombor). | |
Mengembalikan logaritma bagi nombor yang menggunakan asas khusus. | |
Mengembalikan logaritma asas 10 bagi nombor. | |
Mengembalikan baki pembahagian. | |
Membundarkan nombor kepada gandaan terdekat bagi faktor yang ditentukan. | |
Mengembalikan bentuk tertutup untuk pekali multinomial bagi nombor yang ditentukan. | |
Membundarkan nombor menjauhi sifar kepada nombor ganjil seterusnya. | |
Mengembalikan nilai anggaran π (pi), nisbah lilitan bulatan kepada diameternya. | |
Menilai polinomial pada titik yang ditentukan. | |
Mengembalikan nombor yang dikuasakan. | |
Mengembalikan produk koleksi nilai nombor. | |
Mengembalikan hasil bahagi integer bagi dua nombor. | |
Mengembalikan nombor rawak yang lebih besar daripada atau sama dengan 0 dan kurang daripada 1. | |
Mengembalikan integer rawak dalam julat yang ditentukan. | |
Menukarkan nombor kepada angka Roman. | |
Mengembalikan nombor yang dibundarkan kepada bilangan tempat yang ditentukan. | |
Mengembalikan nombor yang dibundarkan ke arah sifar (dibundarkan ke bawah) kepada bilangan angka yang ditentukan. | |
Mengembalikan nombor yang dibundarkan menjauhi sifar (dibundarkan ke atas) ke bilangan tempat yang ditentukan. | |
Menghitung dan mengembalikan jumlah siri kuasa. Pekali ialah untuk kuasa berturutan bagi nilai yang ditentukan yang ditokok oleh nilai langkah yang ditentukan. | |
Mengembalikan 1 apabila nombor yang ditentukan ialah positif, –1 apabila ia negatif dan 0 apabila ia sifar. | |
Mengembalikan punca kuasa dua suatu nilai nombor. | |
Mengembalikan punca kuasa dua bagi nilai nombor selepas ia didarabkan dengan π (pi). | |
Mengembalikan jumlah kecil untuk julat sel. | |
Mengembalikan jumlah untuk koleksi nombor. | |
Mengembalikan jumlah koleksi nombor, termasuk nombor yang memuaskan syarat tertentu sahaja. | |
Mengembalikan jumlah sel dalam koleksi di mana nilai ujian memenuhi syarat yang ditentukan. | |
Mengembalikan jumlah hasil darab angka yang sepadan dalam dua atau lebih koleksi. | |
Mengembalikan jumlah kuasa dua bagi koleksi nilai nombor. | |
Mengembalikan jumlah perbezaan antara kuasa dua nilai yang sepadan dalam dua koleksi. | |
Mengembalikan jumlah kuasa dua nilai yang sepadan dalam dua koleksi. | |
Mengembalikan jumlah kuasa dua bagi perbezaan antara nilai sepadan dalam dua koleksi. | |
Memotong nombor kepada bilangan digit yang ditentukan. |
Fungsi rujukan
Fungsi rujukan membantu anda mencari data dalam jadual dan mengambil data daripada sel.
Membina rentetan alamat sel daripada pengecam baris, lajur dan jadual berasingan. | |
Mengembalikan bilangan julat yang dirujuk fungsi. | |
Mengembalikan nilai daripada koleksi nilai berasaskan pada nilai indeks yang ditentukan. | |
Mengembalikan nombor lajur bagi lajur yang mengandungi sel yang ditentukan. | |
Mengembalikan bilangan lajur yang termasuk dalam koleksi sel yang ditentukan. | |
Mengembalikan formula sebagai rentetan teks. | |
Mengembalikan nilai daripada koleksi baris yang menggunakan baris atas nilai untuk memilih nombor lajur dan baris dalam lajur. | |
Mencipta pautan boleh diklik yang membuka halaman web atau mesej e-mel baru. | |
Mengembalikan nilai dalam sel yang terletak di persimpangan baris dan lajur yang ditentukan dalam koleksi sel atau daripada tatasusunan yang dikembalikan oleh fungsi tatasusunan. | |
Mengembalikan kandungan sel atau julat yang dirujuk oleh alamat yang ditentukan sebagai nilai rentetan. | |
Mengembalikan nilai tunggal atau tatasusunan nilai yang terkandung di persimpangan koleksi yang ditentukan. | |
Mencari padanan untuk nilai carian yang ditentukan dalam satu koleksi dan kemudian mengembalikan nilai dalam sel dengan kedudukan relatif yang sama dalam julat kedua. | |
Mengembalikan kedudukan bagi nilai dalam koleksi. | |
Mengembalikan tatasusunan sel yang merupakan bilangan baris dan lajur yang ditentukan di luar sel asas yang ditentukan. | |
Mengembalikan perwakilan rentetan rujukan sel yang ditentukan. | |
Mengembalikan nombor baris bagi baris yang mengandungi sel yang ditentukan. | |
Mengembalikan bilangan baris yang termasuk dalam koleksi sel yang ditentukan. | |
Mengembalikan koleksi menegak bagi sel sebagai tatasusunan mendatar sel, atau sebaliknya. | |
Mengembalikan tatasusunan yang mewakili koleksi yang mewakili kesatuan julat yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai daripada koleksi lajur dengan menggunakan lajur kiri nilai untuk memilih nombor baris dan lajur dan untuk memilih lajur dalam baris tersebut. | |
Mencari julat untuk nilai yang ditentukan dan mengembalikan nilai daripada baris yang sama dalam lajur lain. | |
Mengembalikan kedudukan relatif item yang ditentukan dalam julat sel. |
Fungsi statistik
Fungsi statistik membantu anda memanipulasi dan menganalisis koleksi data menggunakan pelbagai kaedah dan teknik statistik.
Mengembalikan purata perbezaan satu set nombor daripada puratanya (min aritmetik). | |
Mengembalikan purata (min aritmetik) bagi set nombor. | |
Mengembalikan purata (min aritmetik) bagi set yang mengandungi sebarang nilai. | |
Mengembalikan purata (min aritmetik) bagi sel dalam set yang memenuhi syarat yang ditentukan. | |
Mengembalikan purata (min aritmetik) bagi sel dalam set yang ditentukan di mana satu atau lebih set memenuhi satu atau lebih syarat berkaitan. | |
Mengembalikan nilai kebarangkalian taburan beta kumulatif. | |
Mengembalikan nilai songsang bagi nilai kebarangkalian taburan beta kumulatif. | |
Mengembalikan kebarangkalian taburan binomial terma individu bagi bentuk yang ditentukan. | |
Mengembalikan kebarangkalian satu hujung bagi taburan khi kuasa dua. | |
Mengembalikan nilai songsang kebarangkalian satu hujung bagi taburan khi kuasa dua. | |
Mengembalikan nilai daripada taburan khi kuasa dua untuk data yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai untuk mencipta selang keyakinan statistik untuk sampel daripada populasi dengan sisihan piawai yang diketahui. | |
Mengembalikan korelasi antara dua koleksi menggunakan analisis regresi linear. | |
Mengembalikan nombor bagi argumennya yang mengandungi nombor, ungkapan numerik, atau tarikh. | |
Mengembalikan nombor argumennya yang bukan kosong. | |
Mengembalikan bilangan sel dalam koleksi yang kosong. | |
Mengembalikan bilangan sel dalam koleksi yang memenuhi syarat yang ditentukan. | |
Mengembalikan bilangan sel dalam satu atau lebih koleksi yang memenuhi syarat yang ditentukan (satu syarat per koleksi). | |
Mengembalikan kovarians dua set nilai nombor. | |
Mengembalikan nilai terkecil untuk yang mana taburan binomial kumulatif adalah lebih besar atau sama dengan nilai yang ditentukan. | |
Mengembalikan jumlah kuasa dua sisihan bagi set nombor daripada puratanya (min aritmetik). | |
Mengembalikan taburan eksponen bagi bentuk yang ditentukan. | |
Mengembalikan taburan kebarangkalian F. | |
Mengembalikan nilai songsang bagi taburan kebarangkalian F. | |
Mengembalikan ramalan nilai y untuk x yang ditentukan berdasarkan pada nilai sampel menggunakan analisis regresi linear. | |
Mengembalikan tatasusunan kekerapan nilai data berlaku dalam koleksi nilai selang. | |
Mengembalikan taburan gama bagi bentuk yang ditentukan. | |
Mengembalikan taburan kumulatif gama songsang. | |
Mengembalikan logaritma asli bagi fungsi gama, G(x). | |
Mengembalikan min geometri. | |
Mengembalikan min harmonik. | |
Mengembalikan y-intercept bagi garisan paling sepadan untuk koleksi menggunakan analisis regresi linear. | |
Mengembalikan nilai n terbesar di dalam koleksi. Nilai paling besar ditarafkan nombor 1. | |
Mengembalikan tatasusunan statistik untuk garis lurus yang muat terbaik data yang diberikan menggunakan kaedah "kuasa dua terkecil". | |
Mengembalikan nilai songsang bagi fungsi taburan kumulatif log-normal. | |
Mengembalikan taburan normal log. | |
Mengembalikan nilai numerik terbesar dalam set nilai nombor, nilai tarikh/masa atau nilai tempoh. | |
Mengembalikan nombor paling besar dalam set yang mengandungi sebarang nilai. | |
Mengembalikan nilai numerik terbesar dalam julat sel, ditentukan oleh set kriteria. | |
Mengembalikan nilai median bagi set nilai numerik. Median ialah nilai di mana separuh nilai dalam set adalah kurang daripada median dan separuhnya adalah lebih besar. | |
Mengembalikan nilai numerik terkecil dalam set nilai nombor, nilai tarikh/masa atau nilai tempoh. | |
Mengembalikan nilai numerik terkecil dalam set yang mengandungi sebarang nilai. | |
Mengembalikan nilai numerik terkecil dalam julat sel, ditentukan oleh set kriteria. | |
Mengembalikan nilai yang paling kerap berulang dalam set nilai numerik. | |
Mengembalikan taburan binomial negatif. | |
Mengembalikan taburan normal bagi bentuk fungsi yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai songsang bagi taburan normal kumulatif. | |
Mengembalikan taburan normal standard. | |
Mengembalikan nilai songsang bagi taburan normal standard kumulatif. | |
Mengembalikan nilai dalam set nilai numerik yang sepadan dengan persentil tertentu. | |
Mengembalikan kedudukan nilai dalam set nilai numerik sebagai peratusan koleksi. | |
Mengembalikan bilangan pilih atur untuk bilangan objek tertentu yang boleh dipilih daripada jumlah bilangan objek | |
Mengembalikan kebarangkalian bahawa bilangan peristiwa tertentu akan berlaku menggunakan taburan Poisson. | |
Mengembalikan kebarangkalian koleksi nilai jika anda tahu kebarangkalian nilai individu. | |
Mengembalikan nilai untuk sukuan daripada set nombor yang ditentukan. | |
Mengembalikan kedudukan nombor dalam set nilai numerik. | |
Mengembalikan cerun bagi garisan paling sepadan untuk set menggunakan analisis regresi linear. | |
Mengembalikan nilai n terkecil dalam set nilai. Nilai terkecil ditarafkan nombor 1. | |
Mengembalikan nilai yang dinormalkan daripada taburan yang dicirikan oleh min dan sisihan piawai yang ditentukan. | |
Mengembalikan sisihan piawai—ukuran serakan—bagi set nilai numerik berdasarkan pada varians sampelnya (saksama). | |
Mengembalikan sisihan piawai—ukuran serakan—bagi set sebarang nilai, berdasarkan pada varians sampelnya (saksama). | |
Mengembalikan sisihan piawai—ukuran serakan—bagi set nilai numerik berdasarkan pada varians populasinya (benar). | |
Mengembalikan sisihan piawai—ukuran serakan—bagi set sebarang nilai, berdasarkan pada varians populasi (benar). | |
Mengembalikan kebarangkalian daripada taburan t pelajar. | |
Mengembalikan nilai t (fungsi kebarangkalian dan darjah kebebasan) daripada taburan t pelajar. | |
Mengembalikan kebarangkalian yang dikaitkan dengan ujian t pelajar, berdasarkan pada fungsi taburan t. | |
Mengembalikan varians sampel (saksama)—ukuran serakan—bagi set nilai numerik. | |
Mengembalikan varians sampel (saksama)—ukuran serakan—bagi set sebarang nilai. | |
Mengembalikan varians populasi (true)—ukuran serakan—bagi set nilai numerik. | |
Mengembalikan varians sampel (saksama)—ukuran serakan—bagi set sebarang nilai. | |
Mengembalikan taburan Weibull. Taburan Weibull ialah salah satu daripada taburan kebarangkalian berterusan. | |
Mengembalikan nilai kebarangkalian satu hujung bagi ujian Z. |
Fungsi teks
Fungsi teks membantu anda bekerja dengan rentetan aksara.
Mengembalikan aksara yang sepadan dengan kod aksara Unicode desimal. | |
Mengeluarkan aksara tidak mencetak paling lazim (kod aksara Unicode 0–31) daripada teks. | |
Mengembalikan nombor Unicode desimal bagi aksara pertama dalam rentetan yang ditentukan. | |
Menyambungkan rentetan (merangkaikan). | |
Mengembalikan nilai nombor yang mewakili bilangan kali subrentetan yang ditentukan muncul dalam nilai rentetan asal. | |
Mengembalikan rentetan yang diformatkan sebagai mata wang daripada nilai nombor tertentu. | |
Mengembalikan TRUE jika rentetan argumen adalah sama dalam huruf dan kandungan. | |
Mengembalikan titik mula bagi satu rentetan di dalam yang lagi satu. | |
Membundarkan nilai nombor kepada bilangan tempat desimal yang ditentukan dan kemudian mengembalikan hasil sebagai nilai rentetan. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang terdiri daripada bilangan aksara yang ditentukan daripada hujung kiri nilai rentetan yang ditentukan. | |
Mengembalikan bilangan aksara dalam nilai rentetan. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang huruf kecil keseluruhannya, tidak kira saiz huruf bagi aksara dalam nilai rentetan yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang terdiri daripada bilangan aksara yang ditentukan daripada rentetan yang bermula pada kedudukan yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai rentetan dengan sebarang atribut teks kaya dikeluarkan daripada dalam nilai input. | |
Mengembalikan nilai rentetan di mana huruf pertama bagi setiap perkataan ialah huruf besar dan semua baki aksara ialah huruf kecil, tidak kira saiz huruf bagi aksara dalam rentetan yang ditentukan. | |
Mendayakan penggunaan ungkapan biasa dalam teks lain dan fungsi bersyarat. Ia boleh digunakan dengan semua fungsi yang menjangkakan syarat (IF, COUNTIF, …) atau padanan rentetan (SUBSTITUTE, TEXTBEFORE, …). Apabila tidak digunakan sebagai syarat atau untuk memadankan teks, REGEX mengembalikan ungkapan biasa dasar sebagai nilai rentetan. | |
Mengembalikan padanan atau kumpulan tangkapan dalam padanan ungkapan biasa yang ditentukan dalam rentetan sumber. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang mana bilangan aksara yang ditentukan bagi nilai rentetan yang ditentukan telah digantikan dengan rentetan baru. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang mengandungi nilai rentetan yang ditentukan yang diulang bagi bilangan kali tertentu. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang terdiri daripada bilangan aksara yang ditentukan daripada hujung kanan nilai rentetan yang ditentukan. | |
Mengembalikan kedudukan permulaan bagi satu nilai rentetan dalam yang lain, mengabaikan saiz huruf dan membenarkan kad bebas. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang mana aksara yang ditentukan bagi nilai rentetan yang ditentukan telah digantikan dengan rentetan baru. | |
Mengembalikan teks yang terkandung dalam sel. Fungsi ini dimasukkan untuk keserasian dengan jadual yang diimport daripada aplikasi lembaran kerja lain. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang mengandungi semua aksara yang muncul selepas subrentetan yang ditentukan dalam nilai rentetan asal. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang mengandungi semua aksara yang muncul sebelum subrentetan yang ditentukan dalam nilai rentetan asal. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang mengandungi semua aksara yang muncul antara dua subrentetan yang ditentukan dalam nilai rentetan asal. | |
Mengembalikan nilai rentetan berdasarkan rentetan yang ditentukan, selepas mengeluarkan ruang kosong tambahan. | |
Mengembalikan nilai rentetan yang huruf besar keseluruhannya, tidak kira saiz huruf bagi aksara dalam nilai rentetan yang ditentukan. | |
Mengembalikan nilai angka walaupun argumen diformatkan sebagai teks. Fungsi ini dimasukkan untuk keserasian dengan jadual yang diimport daripada aplikasi lembaran kerja lain. |
Fungsi trigonometri
Fungsi trigonometri membantu anda bekerja dengan sudut dan komponennya.
Mengembalikan kosinus songsang (lengkok kosinus) bagi nombor. | |
Mengembalikan kosinus hiperbola songsang (lengkok kosinus hiperbola) bagi nombor. | |
Mengembalikan lengkok sinus (sinus songsang) bagi nombor. | |
Mengembalikan sinus hiperbolik songsang bagi nombor. | |
Mengembalikan tangen songsang (lengkok tangen) bagi nombor. | |
Mengembalikan sudut, yang relatif kepada paksi x positif, bagi garisan yang melalui titik asal dan titik yang ditentukan. | |
Mengembalikan tangen songsang hiperbola bagi nombor. | |
Mengembalikan kosinus bagi sudut yang diungkapkan dalam radian. | |
Mengembalikan kosinus hiperbola bagi nombor. | |
Mengembalikan bilangan darjah dalam sudut yang diungkapkan dalam radian. | |
Mengembalikan bilangan radian dalam sudut yang diungkapkan dalam darjah. | |
Mengembalikan sinus bagi sudut yang diungkapkan dalam radian. | |
Mengembalikan sinus hiperbola bagi nombor yang ditentukan. | |
Mengembalikan tangen bagi sudut yang diungkapkan dalam radian. | |
Mengembalikan tangen hiperbola bagi nombor yang ditentukan. |