CURRENCYH
Fungsi CURRENCYH mengembalikan data sejarah untuk kadar pertukaran antara dua mata wang pada tarikh yang ditentukan. Nilai dikembalikan adalah dalam mata wang yang anda sedang tukarkan kepadanya (mata wang‑2).
CURRENCYH(mata wang-1, mata wang-2, tutup, tarikh)
mata wang-1: Kod mata wang untuk mata wang yang anda sedang tukarkan daripadanya. mata wang‑1 adalah rentetan dalam petikan tertutup.
mata wang-2: Kod mata wang untuk mata wang yang anda sedang tukarkan kepadanya. mata wang‑2 adalah rentetan dalam petikan tertutup.
tutup: Nilai modal pilihan yang menentukan atribut kadar pertukaran untuk dikembalikan.
“tutup” (0 atau dikecualikan): Kadar pertukaran untuk mata wang-1 ke mata wang-2 pada penutupan dagangan pada hari yang ditentukan oleh tarikh, diungkapkan sebagai amaun dalam mata wang‑2.
“buka” (1): Kadar pertukaran untuk mata wang-1 ke mata wang-2 pada permulaan dagangan pada hari yang ditentukan oleh tarikh, diungkapkan sebagai amaun dalam mata wang‑2.
“tinggi” (2): Kadar pertukaran tertinggi pada hari yang ditentukan oleh tarikh, diungkapkan sebagai amaun dalam mata wang‑2.
“rendah” (3): Kadar pertukaran terendah pada hari yang ditentukan oleh tarikh, diungkapkan sebagai amaun dalam mata wang‑2.
tarikh: Tarikh yang mana anda mahukan maklumat sejarah kadar pertukaran. tarikh boleh menjadi rentetan tarikh lalu yang sah dalam petikan tertutup (contohnya “1/11/2014” atau “31 Dis 2015”), formula yang mengembalikan tarikh lalu, atau rujukan kepada sel yang mengandungi tarikh lalu yang sah atau formula tarikh.
Nota
Kod mata wang ditakrifkan oleh ISO 4217, piawai yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa. Anda boleh mencari kod mata wang ISO 4217 di web.
Jika anda memasukkan formula dengan CURRENCYH apabila internet tidak tersedia, CURRENCYH tidak mengembalikan nilai. Walau bagaimanapun, apabila internet tersedia, formula dikemas kini dengan nilai dikembalikan oleh CURRENCYH.
Contoh |
---|
=CURRENCYH(“USD”, “GBP”, “3”, “18/4/2017”) mengambalikan £0.78, kadar pertukaran terendah (“rendah” atau 3) daripada dolar Amerika Syarikat (USD) ke Pound Sterling (GBP) pada 18 April 2017. =CURRENCYH(“gbp”, “bmd”, “buka”, “31/12/2015”) mengembalikan BMD1.48, kadar pertukaran daripada Paun sterling (GBP) ke dolar Bermuda (BMD) pada permulaan dagangan pada 31 Disember 2015. =CURRENCYH(“usd”, “aud”, “tutup”, TODAY()-2) mengembalikan kadar pertukaran daripada dolar Amerika Syarikat ke dolar Australia (dalam AUD) pada penutupan dagangan dua hari yang lalu. |