DATEDIF
Fungsi DATEDIF mengembalikan bilangan hari, bulan atau tahun antara dua tarikh.
DATEDIF(start-date, end-date, calc-method)
start-date: Tarikh mula. start-date ialah nilai tarikh/masa (bahagian masa diabaikan) atau nilai rentetan tarikh.
end-date: Tarikh tamat. end-date ialah nilai tarikh/masa (bahagian masa diabaikan) atau nilai rentetan tarikh.
calc-method: Nilai modal yang menentukan cara untuk mengungkapkan perbezaan masa dan cara tarikh dalam tahun atau bulan berlainan dikendalikan.
“D”: Mengembalikan bilangan hari antara tarikh mula dan tamat.
“M”: Mengembalikan bilangan bulan antara tarikh mula dan tamat.
“Y”: Mengembalikan bilangan tahun antara tarikh mula dan tamat.
“MD”: Mengembalikan bilangan hari antara tarikh mula dan tamat, mengabaikan bulan dan tahun. Bulan dalam end-date dianggap bulan dalam start-date. Jika hari mula adalah selepas hari tamat, kiraan bermula dari hari tamat seperti ia dalam bulan sebelumnya. Tahun bagi end-date digunakan untuk menyemak bagi tahun lompat.
“YM”: Mengembalikan bilangan bulan penuh antara tarikh mula dan tamat, mengabaikan tahun. Jika bulan/hari mula adalah sebelum bulan/hari tamat, tarikh dikendalikan seperti ia berada dalam tahun yang sama. Jika bulan/hari mula adalah selepas bulan/hari tamat, tarikh dikendalikan seperti ia berada dalam tahun berikutnya.
“YD”: Mengembalikan bilangan hari antara tarikh mula dan tamat, mengabaikan tahun. Jika bulan/hari mula adalah sebelum bulan/hari tamat, tarikh dikendalikan seperti ia berada dalam tahun yang sama. Jika bulan/hari mula adalah selepas bulan/hari tamat, tarikh dikendalikan seperti ia berada dalam tahun berikutnya.
Contoh |
---|
Jika A1 mengandungi nilai tarikh/masa 6/4/1988 dan A2 mengandungi nilai tarikh/masa 30/10/2006: =DATEDIF(A1,A2,“D”) mengembalikan 6,781, bilangan hari antara 6 April 1988, dan 30 Oktober 2006. =DATEDIF(A1,A2,“M”) mengembalikan 222, bilangan bulan penuh antara 6 April 1988, dan 30 Oktober 2006. =DATEDIF(A1,A2,“Y”) mengembalikan 18, bilangan tahun penuh antara 6 April 1988, dan 30 Oktober 2006. =DATEDIF(A1,A2,“MD”) mengembalikan 24, bilangan hari antara hari keenam bulan dan hari ketiga belas dalam bulan. =DATEDIF(A1,A2,“YM”) mengembalikan 6, bilangan bulan antara April dan Oktober seterusnya dalam tahun. =DATEDIF(A1,A2,“YD”) mengembalikan 207, bilangan hari antara 6 April dan 30 Oktober dalam sebarang tahun. =DATEDIF(“04/06/1988”,NOW(),“Y”)& “ tahun, ” &DATEDIF(“04/06/1988”,NOW(),“YM”)& “ bulan, dan ” &DATEDIF(“04/06/1988”,NOW(),“MD”)& “ hari” mengembalikan 25 tahun, 2 bulan dan 25 hari, umur semasa bagi seseorang yang lahir pada 6 April 1988 jika hari ini ialah 1 Julai 2013. |