Setkan pemberitahuan lokasi untuk rakan dalam Cari pada Mac
Anda boleh memberitahu rakan apabila lokasi anda bertukar dan dapatkan pemberitahuan tentang lokasi rakan.
Nota: Jika anda berkongsi lokasi anda dengan keluarga, anda juga boleh mengesetkan pemberitahuan lokasi untuk mereka dengan mengikuti langkah di bawah.
Maklumkan rakan apabila lokasi anda bertukar
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Tambah, kemudian pilih Maklumkan [Rakan].
Pilih sama ada anda mahu memberitahu rakan anda masa anda tiba di atau meninggalkan lokasi.
Pilih lokasi semasa anda, lokasi semasa rakan anda, atau klik Lokasi Baru untuk mencipta lokasi baru dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, rakan anda dimaklumkan apabila anda dekat dengan lokasi dan bukannya terus di lokasi.
Pilih sama ada anda mahu rakan anda diberitahu hanya sekali atau setiap kali lokasi anda bertukar.
Klik Tambah.
Dapatkan makluman apabila rakan anda tiba, meninggalkan atau tiada di lokasi
Anda boleh menerima pemberitahuan apabila rakan anda tiba atau meninggalkan lokasi, atau jika mereka tiada di lokasi tertentu semasa jadual yang ditetapkan. Contohnya, anda boleh mendapatkan makluman jika anak anda tiada di sekolah pada waktu sekolah.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Tambah, kemudian pilih Maklumkan Saya.
Pilih sama ada anda mahu diberitahu apabila rakan tiba, meninggalkan lokasi, atau tiada di lokasi.
Pilih lokasi semasa rakan anda, lokasi semasa anda, atau klik Lokasi Baru untuk mencipta lokasi baru dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya terus di lokasi.
Bergantung pada pemberitahuan, anda boleh memilih kekerapan atau masa anda mahu dimaklumkan.
Frekuensi: Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan hanya sekali atau setiap kali.
Masa dan Hari: Pilih masa mula dan tamat, kemudian pilih hari dalam minggu.
Nota: Anda hanya boleh mencipta pemberitahuan berulang untuk rakan yang mempunyai pengesahan dua faktor diaktifkan. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Klik Tambah, kemudian klik OK.
Rakan anda mendapat isyarat selepas anda mengesetkan pemberitahuan. Jika anda mengesetkan pemberitahuan berulang, rakan anda mesti meluluskannya sebelum ia disetkan.
Anda bole mengesetkan maksimum 25 pemberitahuan Maklumkan Saya.
Petua: Anda boleh memilih sama ada anda mahu menerima pemberitahuan lokasi daripada semua orang atau hanya daripada rakan yang anda kongsikan lokasi anda—dalam senarai Orang, pilih Saya, klik butang Info pada peta, kemudian klik Terima Kemas Kini Lokasi untuk memilih pilihan.
Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan
Anda boleh menukar atau menyahaktifkan pemberitahuan yang anda setkan untuk rakan, atau yang rakan setkan untuk anda.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, lakukan satu daripada berikut:
Uruskan pemberitahuan tentang rakan: Pilih nama.
Uruskan pemberitahuan tentang anda: Pilih Saya.
Klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, pilih pemberitahuan, kemudian lakukan satu daripada berikut.
Tukar pemberitahuan: Tukar sebarang butiran, kemudian klik Selesai.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Klik Padam, kemudian klik Padam Pemberitahuan.