Pilih kamera atau mikrofon mana yang hendak digunakan
Jika Mac anda disambungkan ke berbilang kamera, mikrofon, atau peranti output, anda boleh memilih mana satu yang digunakan untuk panggilan audio dan video FaceTime anda.
Gunakan kamera, mikrofon, atau peranti output tertentu: Pilih peranti untuk digunakan daripada menu Video.
Jika tiada sebarang peranti disenaraikan dalam menu, FaceTime menggunakan kamera, mikrofon dan speaker terbina dalam. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan kamera terbina dalam.
Gunakan seting sistem untuk peranti audio: Pilih Video > Gunakan Seting Sistem untuk mikrofon dan peranti output anda.
Jika anda memilih ini, FaceTime menggunakan peranti audio disetkan dalam anak tetingkap Output atau Input daripada keutamaan Bunyi. Untuk butiran selanjutnya, lihat Tukar seting output bunyi anda atau Tukar seting input bunyi anda.