Keutamaan umum
Gunakan keutamaan Umum dalam Kenalan untuk memilih bagaimana nama dan alamat ditunjukkan pada kad kenalan.
Untuk melihat keutamaan ini dalam Kenalan, pilih Kenalan > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Tunjukkan Nama Pertama | Paparkan nama pertama kenalan sebelum atau selepas nama keluarga. Seting ini menentukan susunan nama dalam templat kad dalam keutamaan Templat. |
Isih Ikut | Isih kenalan dengan nama pertama atau nama keluarga. |
Format Nama Pendek | Pilih bagaimana nama kenalan muncul dalam app seperti Mail. |
Utamakan nama gelaran | Pilih untuk tunjukkan nama gelaran bagi kenalan yang tersedia. Kenalan perlukan medan nama gelaran untuk nama gelaran muncul. |
Tunjukkan kenalan ditemui Siri dalam App | Sertakan kenalan dicadangkan daripada app lain seperti Mail. |
Format Alamat | Pilih format alamat rantau yang digunakan untuk memaparkan alamat. |
Akaun Lalai | Jika anda menggunakan berbilang akaun dalam Kenalan, pilih satu yang anda mahu tambahkan kenalan baru secara lalai. |