![](https://help.apple.com/assets/5E1912FB094622053019F704/5E1912FE094622053019F70B/ms_MY/0bbc43a4478a7132b84588679cb5889e.png)
E-mel kumpulan kenalan dalam Kenalan pada Mac
Cipta mesej e-mel baru dialamatkan kepada kumpulan, terus dari Kenalan.
![Bar sisi Kenalan menunjukkan menu timbul dengan perintah untuk menghantar e-mel kepada kumpulan dipilih.](https://help.apple.com/assets/5E1912FB094622053019F704/5E1912FE094622053019F70B/ms_MY/d71418bb7df32445233581c085d5e573.png)
Dalam app Kenalan pada Mac anda, lakukan salah satu yang berikut:
Control-klik kumpulan dalam bar sisi, kemudian pilih Hantar E-mel.
E-mel baru dibuka dalam app Mail, ditujukan ke kumpulan tersebut.
Seret kumpulan daripada bar sisi ke medan alamat dalam e-mel yang anda tulis.
Dalam e-mel anda, sama ada nama kumpulan atau nama kenalan individu, bergantung pada bagaimana keutamaan Menggubah disetkan dalam Mail.
Jika kumpulan ditunjukkan dalam e-mel anda tetapi anda mahu melihat kenalan, klik anak panah bersebelahan nama kumpulan, kemudian pilih Kembangkan Kumpulan.
Petua: Semasa anda ingin menghantar e-mel, anda boleh melihat semua alamat tersedia untuk kenalan dengan mengklik anak panah bersebelahan nama mereka. Untuk e-mel kenalan menggunakan lebih daripada satu alamatnya, salin dan tampal nama mereka, klik anak panah, kemudian pilih alamat lain.
Jika sesiapa dalam kumpulan tersebut mempunyai berbilang alamat e-mel, anda boleh pilih alamat lalai untuk digunakan bila-bila masa anda e-mel kumpulan tersebut.