Hadkan pengeditan kenalan untuk anak pada Mac
Ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan Masa Skrin untuk menghalang anak daripada mengubah suai senarai kenalan mereka menggunakan app Kenalan pada Mac.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada yang berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anak.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih anak.
Klik Pilihan dalam bar sisi, kemudian pastikan Masa Skrin diaktifkan.
Jika Masa Skrin tidak diaktifkan, klik Aktifkan.
Klik Komunikasi dalam bar sisi, kemudian pastikan kotak semak “Benarkan pengeditan kenalan” dinyahpilih.
Jika anak membuka app Kenalan pada Mac mereka selepas pilihan ini disetkan, kod laluan masa skrin diminta.