Tambah atau keluarkan kenalan daripada kumpulan dalam Kenalan pada Mac
Anda boleh menambah atau keluarkan kenalan dalam kumpulan. Mengeluarkan kenalan daripada kumpulan tidak memadamkan kenalan berkenaan.
Tambah kenalan kepada satu kumpulan
Dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih kenalan.
Seret kenalan dipilih ke kumpulan dalam bar sisi.
Jika kenalan tidak dimasukkan dalam kumpulan, semak kumpulan tersebut—anda tidak boleh menambah kenalan ke Kumpulan Pintar.
Jika anda menggunakan akaun Exchange dalam Kenalan, kenalan tersebut hanya tergolong pada satu folder pada satu masa. Sebarang kenalan yang tidak berada dalam folder anda cipta berada dalam folder Kenalan Exchange lalai.
Keluarkan kenalan dari kumpulan
Dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih kumpulan dalam bar sisi, kemudian pilih kenalan yang anda mahu keluarkan daripada kumpulan.
Tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Klik Keluarkan daripada Kumpulan.
Anda tidak boleh terus menambah kenalan atau mengeluarkannya daripada Kumpulan Pintar—anda mesti menukar kriteria Kumpulan Pintar untuk menukar siapa yang dimasukkan dalam kumpulan tersebut. Lihat Cipta Kumpulan Pintar.