Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah hari lahir ke Kenalan pada Mac
Anda boleh menambah hari lahir ke kad kenalan, termasuk hari lahir berdasarkan kalendar qamari (seperti kalendar qamari Cina, Ibrani, atau Arab).
Dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih kenalan.
Klik butang Tambah , kemudian pilih Hari Lahir, atau pilih Lebih Medan, kemudian Hari Lahir Qamari.
Jika pilihan dimalapkan, ia telah berada pada kad.
Masukkan tarikh, kemudian klik Selesai.
Minta Siri. Selepas anda menambah hari lahir ke kad kenalan seseorang, anda boleh katakan sesuatu seperti: “Bilakah hari lahir Liyana?” Ketahui cara untuk bertanya kepada Siri.