Pautkan kenalan dalam Kenalan pada Mac
Jika anda menggunakan beberapa akaun dalam Kenalan, anda mungkin mempunyai berbilang kad untuk satu kenalan—sebagai contoh, satu kad daripada akaun Yahoo anda dan satu lagi daripada akaun Google anda. Anda boleh memautkan kad untuk mengemaskan senarai kenalan anda. Kad untuk setiap akaun kekal, tetapi Kenalan menunjukkan hanya satu kad dengan maklumat yang digabungkan.
Dalam app Kenalan pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Pautkan kad: Dalam senarai kenalan, pilih kad yang anda mahu pautkan, kemudian pilih Kad > Paut Kad Dipilih.
Nyahpaut kad: Dalam senarai kenalan, pilih kad yang dipautkan, klik Edit, kemudian klik butang Keluarkan untuk satu atau lebih akaun.
Jika anda keluarkan akaun yang mengandungi kad terpaut, kad dinyahpautkan dan hanya kad dalam akaun itu dikeluarkan.