Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar keutamaan dalam Kenalan pada Mac
Gunakan Keutamaan Kenalan untuk menukar pilihan bagi akaun yang anda gunakan dalam Kenalan dan untuk cara anda memaparkan dan mengurus kenalan.
Dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih Kenalan > Keutamaan, kemudian klik anak tetingkap keutamaan:
Umum: Tentukan cara nama dan alamat ditunjukkan pada kad kenalan.
Akaun: Tambah, tukar, atau keluarkan akaun yang anda gunakan dalam Kenalan dan setkan pilihan pelayan, jika perlu.
Templat: Tentukan medan yang muncul pada kad kenalan baru.
vCard: Setkan pilihan untuk mengeksport dan berkongsi maklumat pada kad anda dan pada kad kenalan lain.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik butang Bantuan di bawah anak tetingkap.