Tambah Animoji dalam Clips
Animoji ialah animasi tersuai yang menggunakan suara anda dan mencerminkan ekspresi wajah anda. Dengan iPhone atau iPad Pro yang serasi, anda boleh menambah Animoji pada klip dalam video anda, sama ada semasa merakam klip atau kemudian. Jika anda telah mencipta watak Memoji yang diperibadikan dalam app Mesej, anda boleh memilih watak dalam Clips. Lihat Cara untuk menggunakan Memoji pada iPhone atau iPad Pro anda.
Penting: Untuk menggunakan Animoji, anda mesti mempunyai iPhone X atau lebih baru, atau iPad Pro 11 inci atau iPad Pro 12.9 inci (generasi ketiga) atau lebih baru. Ketahui jika peranti anda serasi.
Pilih Animoji
Animoji berfungsi dengan kamera menghadap depan pada peranti anda. Untuk bertukar antara kamera menghadap depan dan kamera belakang, ketik .
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik .
Ketik Animoji.
Leret untuk memilih Animoji, kemudian ketik di bawah pemapar.
Apabila anda merakam klip atau mengambil foto, Animoji ditambah, menggunakan suara anda dan mencerminkan ekspresi wajah anda.
Tukar atau keluarkan Animoji
Selepas anda menambah Animoji pada klip, anda boleh menggantikan Animoji dengan yang lain, atau mengeluarkan Animoji. Anda juga boleh menambah Animoji pada klip kemudian, jika anda merakam klip dengan kamera menghadap depan pada peranti yang serasi.
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik klip dengan Animoji yang anda mahu tukar atau keluarkan.
Ketik , ketik Animoji, kemudian leret untuk memilih Animoji yang berlainan.
Untuk mengeluarkan Animoji, pilih Tiada.
Ketik di bawah pemapar.