Buat Suasana Swafoto dalam Clips
Anda boleh merakam Suasana Swafoto yang menempatkan anda meresap ke dalam persekitaran 360 darjah seperti landskap, set filem dan seni abstrak yang dianimasikan dengan cantik. Sesetengah Suasana Swafoto termasuk audio ambien.
Penting: Untuk merakam Suasana Swafoto, anda mesti mempunyai iPhone X atau lebih baru, atau iPad Pro 11 inci atau iPad Pro 12.9 inci (generasi ketiga) atau lebih baru.
Nota: Sesetengah suasana mungkin memerlukan sambungan internet.
Rakam klip atau foto Suasana Swafoto
Dalam app Clips , ketik Suasana, kemudian leret untuk melayari suasana.
Pratonton skrin penuh untuk suasana muncul selepas beberapa saat; ketik skrin untuk teruskan melayari.
Ketik Pilih untuk memilih suasana.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Rakam klip Suasana Swafoto: Sentuh dan tahan butang Rakam.
Ambil foto Suasana Swafoto: Ketik butang Pengatup, kemudian sentuh dan tahan butang Rakam untuk jumlah masa yang anda mahukan foto muncul.
Simpan foto Suasana Swafoto
Dalam app Clips , ketik Suasana.
Ketik Pilih untuk memilih suasana.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil foto.
Untuk menambah label teks, pelekat, atau emoji, ketik , ketik Teks, Pelekat, atau Emoji, leret untuk melayari pilihan tersedia, kemudian ketik pilihan yang anda mahu gunakan.
Ketik , kemudian ketik Simpan Imej.