Tambah label, pelekat dan emoji dalam Clips
Anda boleh menambahkan label yang boleh disesuaikan, pelekat menyeronokkan dan juga emoji pada klip dalam video anda, sama ada semasa merakam klip atau kemudian.
Nota: Sesetengah label dan pelekat mungkin memerlukan sambungan internet.
Pilih label, pelekat, atau emoji sebelum merakam
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik .
Ketik Label, Pelekat, atau Emoji.
Leret untuk melayari pilihan tersedia, kemudian ketik pilihan yang anda mahu gunakan.
Seret, putar, atau cubit untuk mensaiz semula label, pelekat, atau emoji.
Nota: Label dan pelekat dianimasikan secara penuh, tetapi animasi muncul hanya apabila anda merakam atau memainkan semula klip.
Ketik X di bawah pemapar.
Apabila anda merakam klip atau mengambil foto, label, pelekat, atau emoji ditambah. Untuk menyahaktifkan label, pelekat, atau emoji, ketiknya, kemudian ketik X.
Tambah label, pelekat, atau emoji ke klip dalam video anda
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik klip, kemudian ketik .
Ketik Label, Pelekat, atau Emoji.
Leret untuk melayari pilihan tersedia, kemudian ketik pilihan yang anda mahu gunakan.
Seret, putar, atau cubit untuk mensaiz semula label, pelekat, atau emoji.
Nota: Label dan pelekat dianimasikan secara penuh, tetapi animasi muncul hanya apabila anda merakam atau memainkan semula klip.
Ketik X.
Edit teks label
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik label (atau ketik klip dengan label).
Ketik teks untuk mengeditnya.
Apabila anda selesai, ketik Guna di bahagian kanan atas, kemudian ketik X.
Padam label, pelekat, atau emoji
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik klip dengan item yang anda mahu keluarkan.
Ketik item, kemudian ketik X berhampiran penjuru item.
Simpan klip atau foto dengan penapis, label, pelekat, atau emoji
Anda boleh menambahkan label, pelekat, atau emoji ke klip tunggal dan kemudian berkongsinya.
Dalam app Clips , ketik di bahagian kiri atas.
Jika anda tidak melihat , ketik Selesai atau ketik X.
Ketik Cipta Baru .
Rakam klip atau ambil foto.
Lihat Buat video.
Ketik , tambah penapis atau sebarang label, pelekat, atau emoji yang anda mahukan, kemudian ketik X.
Ketik , kemudian ketik Simpan Video atau Simpan Imej (atau ketik pilihan kongsi yang lain untuk berkongsi klip).