Padam atau keluarkan kalendar pada Mac
Anda boleh memadam kalendar atau berhenti menggunakan akaun kalendar buat sementara.
Berhenti menggunakan akaun kalendar
Anda boleh berhenti menggunakan akaun secara sementara supaya kalendar dan peristiwanya tidak lagi muncul dalam Kalendar pada Mac anda.
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Pilih Kalendar > Akaun, kemudian pilih akaun yang anda mahu berhenti menggunakan.
Nyahpilih kotak semak Kalendar.
Untuk menggunakan akaun itu lagi dalam kalendar, pilih kotak semak Kalendar. Kalendar dan peristiwa akaun muncul semula.
Padam akaun kalendar
Jika anda tidak lagi mahu menggunakan akaun dalam mana-mana app, termasuk Kalendar, anda boleh memadamkan akaun.
Nota: Jika anda menggunakan Rantai Kunci iCloud dan anda mengeluarkan satu akaun (selain daripada iCloud daripada Akaun Apple anda), anda akan diminta sama ada untuk mengeluarkan akaun itu daripada komputer Mac lain anda yang menggunakan Rantai Kunci iCloud, atau hanya nyahaktifkan semua ciri akaun itu pada Mac ini.
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Pilih Kalendar > Akaun, kemudian pilih akaun yang anda mahu padam.
Klik
di bahagian bawah senarai akaun.
Padam kalendar
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Klik nama kalendar dalam senarai kalendar.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Pilih Edit > Padam.
Sesetengah kalendar tidak dapat dipadam.
Anda tidak boleh memadam wakilan kalendar, tetapi anda boleh berhenti menunjukkannya dalam tetingkap Kalendar utama. Lihat Urus kalendar dikongsi.
Jika anda tidak boleh memadam kalendar untuk akaun kalendar tertentu, cuba padam kalendar pada tapak web pembekal akaun. Contohnya, untuk memadam kalendar Google, pergi ke google.com.
Jika akaun kalendar mempunyai hanya satu kalendar (tanpa mengira kalendar orang lain yang anda kongsi), anda tidak boleh memadam kalendar terakhir berkenaan.