Tukar cara anda melihat peristiwa dalam Kalendar pada Mac
Anda boleh memilih kalendar yang anda mahu lihat dan menyesuaikan hari serta masa yang dipaparkan dalam paparan Minggu atau Hari. Anda boleh melihat butiran beberapa peristiwa kalendar pada masa yang sama dengan membuka peristiwa dalam tetingkap berasingan.
Gunakan penapis Fokus
Anda boleh memilih kalendar yang kelihatan dan menghantar pemberitahuan kepada anda, berdasarkan Fokus semasa anda. Contohnya, anda boleh mengesetkan penapis untuk menunjukkan hanya kalendar Kerja anda apabila Fokus Kerja anda aktif. Lihat Sediakan Fokus.
Sentiasa buka peristiwa dalam tetingkap berasingan
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Pilih Kalendar > Seting, kemudian klik Lanjutan.
Pilih “Buka peristiwa dalam tetingkap berasingan”.
Buka peristiwa dalam tetingkap berasingan
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Dwiklik peristiwa yang anda mahu buka dalam tetingkap berasingan.
Tempatkan penuding di atas pinggir tetingkap, kemudian seret tetingkap ke tempat yang anda mahukan.
Tukar hari dan masa yang dipaparkan
Anda boleh menyesuaikan paparan Minggu untuk menunjukkan 7 hari seminggu atau hanya Isnin sehingga Jumaat. Anda boleh menyesuaikan paparan Hari dan Minggu supaya tetingkap Kalendar menunjukkan dari 6 hingga 24 jam peristiwa per hari dan anda boleh tanda bila hari anda mula dan tamat.
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Pilih Kalendar > Seting, klik Umum, kemudian pilih pilihan daripada menu timbul.
Tunjukkan atau sembunyikan kalendar
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tunjukkan atau sembunyikan peristiwa kalendar: Pilih atau nyahpilih kotak semak di dalam senarai Kalendar.
Tunjukkan atau sembunyikan peristiwa daripada semua kalendar: Tekan kekunci Command ketika anda memilih atau nyahpilih sebarang kotak semak kalendar.