Edit kalendar pada Mac
Kalendar dikenal pasti dengan nama dan warnanya, yang anda boleh ubah pada bila-bila masa. Anda juga boleh menukar zon waktu kalendar.
Mengubah warna kalendar mengubah warna untuk semua peristiwanya. Jika anda mahukan peristiwa untuk mempunyai warna berbeza, sama ada tukar warna keseluruhan kalendar atau alihkan peristiwa ke kalendar dengan warna berbeza.
Nama semula kalendar
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Dwiklik nama kalendar dalam senarai, atau klik paksa nama.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Taipkan nama baharu untuk kalendar.
Anda tidak boleh menamakan semula kalendar Exchange yang dinamakan Kalendar.
Ubah warna kalendar
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Control-klik nama kalendar dalam senarai kalendar.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Klik warna praset untuk memilihnya, atau pilih Warna Tersuai untuk memilih warna daripada tetingkap Warna.
Nota: Anda tidak boleh menukar warna sesetengah kalendar, seperti kalendar Hari Lahir dan kalendar Cadangan Siri.
Tukar zon waktu kalendar
Jika anda menukar zon waktu kalendar anda, peristiwa baharu menggunakan zon waktu baharu. Apabila anda menukar kembali ke zon waktu yang Mac anda gunakan, peristiwa yang dicipta dalam zon waktu yang lain mengekalkan zon waktu tersebut. Sebarang peristiwa lain kembali ke tarikh dan masa asal.
Contohnya, anda mungkin menukar ke Waktu Timur untuk menjadualkan persembahan Broadway semasa percutian anda yang akan datang. Apabila anda tiba di New York, anda menukar kalendar anda kepada Waktu Timur. Kembali di rumah, peristiwa yang anda tambah semasa di New York mengekalkan zon Waktu Timur. Peristiwa lain kembali ke tarikh dan masa asal.
Pergi ke app Kalendar
pada Mac anda.
Pilih Kalendar > Seting, kemudian klik Lanjutan.
Pilih “Aktifkan sokongan zon waktu.”
Klik menu timbul di sebelah kiri medan carian kalendar, kemudian pilih zon waktu.
Untuk memilih zon waktu yang tidak disenaraikan, pilih Lain.